Monday, 11 February 2013

Jep Sepah Fans Club Rockxx!!!!

Assalamualaikum....

Hmmmm baru sampai rumah dari rakaman....Is Barang Baik Is Barang Baik. Seronok dapat berkumpul ramai-ramai dengan peminat yang datang dan juga rakan-rakan tersayang Adila,Eyma dan CT, selain jurugambar rasmi dan tetap JEP FC, Encek Hafizzudin @ Fiz. Hehehe. Tapi kita masih belum full strength kan, sebab Naz xda. Takpelah, hopefully lepas ni Naz dapat join balik kan? 

Apa-apapun, rasa terima kasih tak terhingga kepada pengurusan studio 1, Astro kerana memberi peluang kepada peminat untuk ke rakaman KKX dan tidak henti-henti menyebut JEP SEPAH FANS CLUB. Terima kasih. Famous Cik Siti sekejap kan.....! Terima kasih juga untuk Jep kerana sudi luang masa even sekejap untuk bergambar group dengan fans yang datang. Dan, terima kasih juga Jep yang senyum2 dua kali atas stage sebab nampak saya dengan Adila betul2 depan dia. Senyum terharu dia sangat kelihatan bila Fans Club dia datang support. 

Kepada semua yang menyokong JFC terima kasih....JEP FC adalah sebuah kelab peminat Jep yang rasmi dan segala info yang didapati dari Jep adalah telus dan terus. Kalau terlambat tu, biasalah, pengurusan JFC juga ada yang bekerja, tidaklah dapat sepenuh masa tumpuan kat FB....faham je lah kan. Jadi, kepada semua yang asyik bertanya, macam mana nak jadi ahli JFC eh? Ada borang ke nak isi? Ada yuran ke ? Sampai kena join  pertandingan ke kalau nak jadi ahli???? Eh, tak perlu, hanya like sahaja page Jep Sepah fans club (gambar logo sebagai profile picture) secara automatik anda adalah ahli JFC dan anda layak untuk ikuti aktiviti, gathering atau apa sahaja berkaitan Jep. Ok? 

Studio 1, Astro tempat berlangsung rakaman KKX.

Rakan seperjuangan JepFC, Eyma.

Lagi rakan seperjuangan JepFC....Adila

JEP & JEP SEPAH FANS CLUB. TQ Semuanya.....

-Azura Nadzri-



1 comment:

  1. wah, bestnyer sis g tgok KKX.. rasa jg teringin dihati nak tgok KKX.. apakan daya ia jauh nun di selatan.. hadoila,tringin nk trun bersama fansclub jep.. terikat dgn keja bagai.. tgok kot TV pon jd la.. sis nnt tangkap byk2 gambar sis dgn Jep..skrng terlbih rindu blog sis sudah.. *thumbs up sis*

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.