Monday, 11 February 2013

Jep ooo Jep......

Assalamualaikum....

Ha....cuti-cuti ni pergi mana aje kome? Macam saya duduk rumah saje. Maklumlah, kerja dalam line event management memang sangat meletihkan. Keluar umah sepagi mungkin, dan balik rumah kadang-kadang dah malam. So, badan kadang-kadang cepat letih dan mudah pulak demam. Tapi, demi mencari rezeki saya gagahkan juga. 

Okaylah, berbalik kepada perihal semalam dari rakaman KKX untuk episod ke 9. Terharu tengok yang datang bersama team kami, Jep Sepah Fans Club. Penuh bas. Tapi, itulah....satu sahaja yang saya nak tekankan disini. Mungkin ada yang rasa macam kurang best sebab x dapat bergambar dengan artis, nak pulak Jep sendiri. Bila saya lafaz maaf bagi pihak Jep, kerana besar kemungkinan Jep rushing sesuatu, saya dengar-dengar juga mulut dan FB yang bersuara "kak Zura boleh cakaplah......Jep dah kenal akak. Jumpa selalu, xyah nak berlagak sangat lah kan.." or ''ko jangan nak gedik sangatlah dengan Jep, ko ingat Jep suka perangai kau yang tergedik-gedik tu...pergi mam*** lah!!" (siapa yang tulis dan hantar ni biarlah rahsiakan...tak baik buka aib orang). 

Tengok, kesian tak dengan apa yang saya terima. Tapi, saya okay je. Saya terima dengan hati yang terbuka. Selagi saya masih diperlukan, saya akan terus menulis tanpa henti. Saya dah katakan, saya cuba berada di lokasi dimana Jep berada hanya sebagai wakil kepada kelab peminat sahaja. Tapi tidak semua lokasi. Saya berada di lokasi yang lebih santai seperti game MASC, atau tempat yg memerlukan audience macam Betul Ke Bohong dan KKX. Itu sahaja....! Konsepnya mudah. Tidak perlu berada dimana sahaja icon tu berada, untuk tunjuk tanda sokongan. Cukup sekadar dimana perlu. Jep juga manusia biasa...dia perlukan privacy. Sebab hidupnya dah takda privacy. Once u get famous, u memang dah takde privacy. Kadang-kadang bila saya cakap "Jep need his privacy.....", nanti ada yang terlalu cerdik bertanya "Jep pun manusia biasakan...kenapa nak privacy sgt???" Adehla....apa boleh nak dijawab tu...?? Sungguh menguji kesabaran kadang-kadang. Hahahaha.

Saya berkecimpung dalam perihal kelab peminat dah lama....saya bersama Zahid AF2 FC dahulu sebelum bersama JEPFC. Naluri ingin mendekati selebriti itu memang menebal. Tapi, kita beri sokongan sekadar yang mampu. Bukankah doa adalah yang paling terbaik? Jadi kita doakan Jep yang terbaik sahaja okay. Tidak keluar berjumpa peminat bukan bermakna Jep sombong.....harap anda semua fahami dia, okay?

Last but not least....undi ABPBH nak sampai penghujung dah ni. Korang dah undi lum? Undilah.......jom arr tgk Jep menang tahun ni. Undi Undi Undi....jom gempur UNDI JEP!!! yeeehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!

Hah! Cakap Jep sombong lagi..kan dah naik kening abg aku sorang ni.... ^_^

Erk...pic lama nie. Dari mana jumpa nie Azura oi!!! 
(Dalam hati : awk smart la, Jep....hehehe)

"Aku sombong ke??" 
Ha...korang Jep dah merajuk!! Baik pujuk balik... ^_^

Xde motiff pun letak gambar ni...saje nak cakap..
"Ini gambar favorite saya..." 

-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-



4 comments:

  1. Biarlahh ape orang nak cakap tu Kak Zura . Yang penting akak MESTI , WAJIB , SELALU menulis pasal Jep tau , tau tau ? :D

    ReplyDelete
  2. ha'ah biar org kata apa pon.asalkan saya masih sokong jep dan blog nie. jgn berhenti blogging ya. heee :)

    ReplyDelete
  3. yup akak mmg mesti tulis selalu suma sal Jep..hanya dr blog akak ne ja sy dpt kenal jep tau suma hal jep sbb sy jauh nun d sabah x dpat mo join fans yg lain..abaikan ja sora2 sumbang tuh..tumbs up kak zura :)

    ReplyDelete
  4. akak.. banyakkan tulis pasal jep taw =D saye nak bace =)

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.