Saturday, 9 February 2013

Jep Di Mata Peminat......

Assalamualaikum.....

Amboi.....bisingnya bunyi mercun kat area rumah ni. Maklumlah esok nak raya....hehehe raya tahun baru cina. Kita 1 Malaysia kan......semangat muhibbah tu penting. Hehehe...

Okay, bukan pasal CNY kita nak cerita ye. Kang kot lari topik. Hari ni meh kita berceloteh tentang istimewanya Jep di mata peminat dia. Nak dijadikan cerita, haritu 5hb Februari, MASC punya game dekat Subang, pemain yang much much handsome dari Jep byk lagi, ada Kamal Adli, ada Zul Ariffin, makcik-makcik dan akak-akak tepi padang tu dok sebut nama .... JEP!!!!!! Jadi suka bila Jep melambai sekejap...hamboi makcik!!!! Banyak lagi yang handsome ni makcik!! Kenapa JEP?? Why always him?? Hahahahaha lawak!! 

Okaylah, moh ler kita cuba selongkar apa yang buat ramai apa org kata...melting?? kat empunya diri bernama Mohd Nadzri bin Zainal Abidin ni. Kita selongkar dari segala aspek okay.

A) Lawak dan lawak dan lawak
Bukan nak lambung Jep setinggi alam...tapi serius cakap lawak Jep memang A! Tak pernah basi dan tak pernah bosan. Ada je cara dia nak membahan orang dan ada sahaja benda yang keluar dari mulut dia yang boleh buat orang ketawa. Lawak melayu lah orang kata. Saya tak heran nak membandingkan Jep dengan pelawak sebaris dengan Jep, sebab bagi saya, Jep punya cara melawak yang tersendiri. Thumbs up!!


Tengok muka awak pun saya dah nak gelak Jep!!!


B) Penampilan
Hmm, perkara ini, saya serahkan kepada peminat yang lain menilainya. Haha, rata-rata saya melihat dan menerima komen "Jep handsomenya....", "Jep awak cute...." "Jep...melting tengok awak..."!! Wowowo.......hebat!! Terbaik lah Jep! Perubahan penampilan awak membuat ramai tak tido malam! Secara jujurnya, saya mengagumi penampilan Jep sekarang yang lebih matang, yang lebih fresh dan lebih kemas berbanding masa baru keluar Raja Lawak. Syabas you rock beb!!! Tapi, bila gathering fans ke, saya nasihatkan awak, pakai tshirt je ya...nanti ada yang pengsan susah pulak!! Hahaha (ini pakai t-shirt dan jeans pun ada dah cakap...."kak zuraaaaaaaaaa kenapa Jep sangat handsome??" Okay no komen.hehe)



Ha....ini antara penampilan yang saya percaya ramai yang ......"Arghhhhhhhh Jepppppp!!!" 
Ha, ha Jep tak tahu! Awak buat ramai histeria ni ^_^



Gaya Jep yang lebih santai.....


C) Senyum
Senyumlah senyumlah...ahai cek mek molek!! Antara yang menjadi perhatian di mata peminat, senyum Jep. Ada yang suka gigi lapis lapis dia tu ye. Amboi korang dasat! Okay tak menafikan, senyum Jep memang manis sangat. Dia murah senyum. Kadang-kadang, bila jumpa Jep time dia tak sihat ke, demam ke....tetap senyum lebar. Tue buat orang suka agaknya. Teruskan senyum awak ye........ :) 





*ini yang paling best....dalam JFN 72 tu oiii!!! Ok fine!! Gigil....1st time biasalah!! :P






Haa....ramai yang suka gigi dia yang layer layer tu eh.....^_^ 


D) Humble (Sangat Jejaka Johor you alls....)
Ini pengakuan saya sendiri....Jep sangat humble. Saya tak tahu dari apa aspek orang kata Jep sombong? Entahlah, itu pendapat masing-masing. Tapi bagi saya, Jep antara selebriti Malaysia yang paling humble saya jumpa. Murah senyum, dia menghargai peminat yang sentiasa menyokong supaya Jep terus melangkah dalam arena seni ni. 100% buatan Kulai u alls.....heheheh


Haaaa itulah antara aspek yang saya rasa kebanyakkan peminat suka dan consider "jatuh hati" kepada Jep. Walau apa pun Jep, saya harap teruskan semua sikap dan gaya awak yang bersahaja. Seandainya ABPBH 2012 milik awak tahun ni, saya harap itu tidak akan merubah apa-apa dari awak. Kekal di peringkat ini.....ini harapan semua. Sebab awak sangat terhangat di pasaran sekarang...macam lagu KRU tu....All the best,Jep!

-Azura Nadzri-








1 comment:

  1. so trueeee! melting kak tgok gbr abg jep. aghhh histeria sya!!! :*

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.