Thursday, 14 February 2013

Perihal Facebook & Twitter


“Bukan harta jadi ukuran, bukan rupa jadi sempadan, kerana budi bahasa, dengan tutur dan cara membuatku tergoda…..” – lagu Yang Indah Yang Hangat, Amelina.

Apa benda yang kau merepek ni Azura Ashikin bt Azman? Haha, biasalah dah tengah hari ni, perut pun lapar, berdangdut pulak perut ni. Takde hal kan layan dangdut, gua kan all rounder. Semua genre muzik dilayannya.

Okay sebelum otak ligat berputar, nak memikir makan apa tengah hari ni, (booooring……!) mari kita buka topik jap supaya blog saya ni berwarna-warni sikit. Hari ni saya nak bercakap perihal Facebook dan Twitter. Hmm, zaman dah canggih sekarangkan. FB dan Twitter on-the-go je. Mana-mana boleh access FB & Twitter. Dan, saya amat-amat salute kepada ramai fans Jep buat page FB dan akaun Twitter sebagai tanda sokongan kepada abe Kulai ni. Pergh…korang memang terbaik.

Cuma, sebagai seorang kakak, dan juga boleh diklasifikasikan sebagai pemerhati juga, kalau nak buat Twitter ke FB ke, boleh! Even, Jep sangat mengalukan semua yang menyokong dirinya…..cuma janganlah mencurigakan fans…salah info dan sebagainya. Tak mahu! Tak mahu! You all maybe feels happy..ramai followers, cuma kesian Jep tak? Twitter & FB kita boleh buat sayang2 ku. Tapi, satu je benda yang tak boleh buat…KEIKHLASAN. Ikhlas tidak boleh direka atau dibuat. Ianya datang tulus dari hati.  Makanya, jadilah seorang peminat yang ikhlas.

Saya pernah mendapat beberapa mesej di FB dan Twitter, ada fans menyamar jadi Jep dengan minta nombor telefon fans lain. Bila saya cuba call, tak pula berjawab. Eh kenapa macam tu sekali adik-adik! Kesian Jep. Tak fasal-fasal ada fans cakap “akak…Jep ni tipu arr!” Achaner akak nak jawab tu dik oi? Akak nak tanya dulu “apsal percaya?”

Jep juga insan biasa sayangku semua. Saya yakin, dia takkan sorok apa-apa demi relationship dia dengan peminat, yang terus menyokong kariernya selama ini. Saya berani jamin itu. Cuma, jangan tipu fans lain. “Nak kenal Jep, mesti follow Twitter saya…..” eh kenapa perlu gitu! Oh, kalau camtu saya boleh war-warkan lah……NAK JUMPA JEP BACA BLOG SAYA! ADD SAYA DI FB! FOLLOW SAYA DI TWITTER! Saya tak endahkan Jep Sepah FC dah! Gitu ke?? Tak boleh gitu,kan? Jep ada kelab peminat yang rasmi, iaitu Jep Sepah Fans Club, yang selama ini JEP FC lah menemukan saya dengan Jep dan anda semua rakan-rakan pembaca blog, twitter dan FB. Alhamdulilah……!

Jadi, akhirnya pesanan saya, jadilah peminat yang matang. Sokongan dan dorongan adalah yang paling penting. Tak mahulah menyamar-nyamar ni adik-adik. Tak elok. Kesian Jep. Nama Jep yang kena tau. “akak, Jep tipu fans lah….” “akak…jep ini…” “akak..jep itu…”!! Ha, akak tak tahu dek non! Akak dah pesan banyak tak dengar cakap! Cuba stay dengan landasan yg betul….memang lah Jep FC tak dapat nak hadapkan Jep dpn korang…..PEMINAT JEP BERIBU KOT!! Tapi, tak salah kan kalau rasa “jauh dimata dekat di hati”? renung-renungkan….. :)

Okay, finally saya tinggalkan anda dengan sketsa dari Chef Poddah.....Achaner Tu Johan Episod Pertama. Jep jadi artis jemputan bersama Amir I'm Sorry....enjoy :)



-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.