Saturday, 16 February 2013

Artis Komedi Lelaki Popular ABPBH 2012 Harus Milik Jep!

'Walau jauhku berlari, walau jenuhku mencari, tetap sungguh kau temani, tanpa jemu dan benci, biarku telan tangismu, biarku simpan resahmu, meski kau bukan milikku, teguh kau di hatiku.....percayalah, teguh dan bahagialahmu teman di taman ini......" - Di Taman Teman, Dato Siti Nurhaliza.

Suka lagu ni amat sangat. Sebab, itulah Jep...walau apa keadaan emosi saya, ketawa dan menangis, lawak Jep selalu menghiburkan saya. Dan, saya percaya, tanpa jemu dan benci, dia terus menghiburkan semua peminatnya. 3 kali saya menghadiri rakaman Karoot Komedia X baru-baru ini, dan Jep tidak menghampakan saya! 

Disebabkan itu, saya sanggup berhabisan duit membeli akhbar BERITA HARIAN untuk undian ABPBH 2012 dengan harapan agar Artis Komedi Lelaki Popular dijulang oleh empunya nama Mohd Nadzri Zainal Abidin ini. Walau harapan saya tinggi menggunung, Jep dah lama juara di hati semua peminat Sepah. Lawaknya terus dibangga kerana tidak dibuat dan punyai kelainan tersendiri. Dan, Jep tetap juara carta hati saya. Terima kasih kerana menghiburkan semua.

Untuk Jep, doa kami sentiasa mengiringi anda. Kalau awak menang, syukur Alhamdulilah. Sekiranya tidak, usah bimbang, trofi dan anugerah bukanlah kayu ukuran kami untuk awak. Apa yang awak lakukan selama ini, cukup bagi kami. Menang trofi adalah satu bonus untuk kerjaya awak.Satu dan satu-satunya pesanan saya, be yourself....jangan sesekali sombong dan angkuh bila berjalan atas bumi Allah Taala ni, ingat family & be humble ya........senyum-senyum selalu... ^_^







Kita undi dan doa sama-sama......semoga abe Kulai ni menang ye tahun ni :)
(*anyway, segak nampak. Boleh je senyum lain angle...heheheh)


1 comment:

  1. yeah... harus jep sepahtu mng..harapan jep akan dpt trofi.. agar berbaloi2 sy mgundinya mggunakan akhbar dan juga sms... sgt mgharap...

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.