Tuesday, 26 February 2013

Jep Situ Sana Sini......

Assalamualaikum w.b.t.......

Haiiiiiii......wah lamanya tak update blog ni. Ada sape rindu kita x? Haha...anyway, terima kasih kepada yang ternanti-nanti dan mencari-cari entri baru untuk blog ni. Maaflah, saya sememangnya terrrrrrrramat busy dengan kerja kebelakangan ni. Kadang-kadang tidur pun tak cukup. Kertas kerja punya pasal, tidur pukul 3 pagi, bangun balik pukul 6, maunya tidak pergi kerja kepala rasa berpusig-pusing. Hehehe. Takpelah, namanya adat mencari rezeki. Tanggungjawab namanya kan.

Anyway, taknaklah bercerita pasal saya...siapa je nak baca betul tak? Hari tu belek-belek Facebook terjumpa satu video di mana Jep memberi tips untuk bakal Raja Lawak Astro musim ketujuh nanti. Rasanya ramai yang dah tengok, kan? Antara tips yang paling saya rasa, bukan yang nak pergi ujibakat je, malah nak gi sekolah ke kerja ke wajib buat kot, "salam kedua tangan orang tua anda dan minta rezeki dari beliau'' kata Jep. 

Itulah attitude Jep yang saya suka. Dari kaca mata saya, he's got the humblesness. Tanyalah siapa-siapa yang pernah bersemuka atau pernah jumpa Jep secara live, mesti lepas tu akan terus jadi peminat setia. Ada seorang kakak di Facebook menjadi antara penyokong tegar Jep, gara-gara ter"pesona" dengan Jep yang sangat humble melayan peminat ketika sesi rakaman KKX baru-baru ni. Saya hanya mampu menjawab, "kak, saya faham....itulah Jep''. Malah ada juga yang macam mimpi tengok Jep senyum je. Hebatlah bro Johor ni.

Kadang-kala, lumrah artis adik-adik....tak terlayan depa ni terlalu ramai sangat peminat. Macam-macam permintaan. Bukan taknak di realisasikan apa yang peminat nak, tapi dah terlalu ramai.......acahner tu kan? Better jadi yang menyokong......dari minta dilihatkan. KEIKHLASAN itulah yang paling penting. Industri hiburan kita bukan Hollywood, malah kita orang Islam juga, sangat dan wajib untuk menjadi ikhlas dalam setiap aspek, kan? Jadi kepada semua peminat yang menggelarkan diri anda "JEPPERS'' ni, Jep telah beri yang terbaik untuk kalian. Jadi, kita sebagai peminat harus terus menyokong kerjaya nya. Banyak kali saya tekankan disini, Jep sekadar manusia biasa yang akan dan bisa lakukan kesilapan, malah tidak sempurna. Sebagai peminat yang matang dan cerdik, tak salah kita jadi antara yang ingat-mengingati kan? 

Jadi kepada semua peminat, Jep memerlukan anda sebagai barisan pertahanannya. Even tak nampak, tapi hakikatnya YA! teruskan sokongan......yang penting teruskan doa agar segalanya dimudahkan. Jangan lupa undi Jep okay untuk ABPBH 2012.


Sos TOMATO!! Aku heran, apasal itu yang disebutnya hujung video tu?? 
(Itulah Jep...suka merapu......hahahahahah ^_^) 

Moment yang paaaaaaaaling saya rasa....well dia sweet ^_^

Bila turun padang lagi?? Huuuuu

Amboi.......sakan!

Serius abg dua ni......

Hamboih.....cik Rak....over tau sengihnya..... :P

Saya pilih..................yang kanan :P

Momen terindah saya bersama Jep. Setiap satu punya cerita tersendiri. TQ JEP :)

-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-

Thursday, 21 February 2013

Setia Bersama Dia.....Hanya Dia

"Kalau belum bisa aku mendapatkan, oh pria tampan yang menjadi rebutan, sungguh nanti aku jadi penasaran, sampai mati pun akan ku perjuangkan, memang dia yang paling tampan, di antara pria yang ada, aku pun telah merasa hairan...kenapa dia jadi rebutan????" - Penasaran

Assalamualaikum...........
Ha.......bergelek sakan malam ni. Apa khabar semua....rindu entri baru eh? Sorry sibuk sikit kebelakangan ni. Maklumlah, mencari rezeki, dah nak masuk March ni semua planning nak direalisasikan. Planning apa? Kerja la dik oi. Kawin? Belum lagi.....masih menanti insan terpilih! Wah gitu! Lagipun baru baik demam nie ha....tersadai dah dua hari kat umah.... :(

Anyway, bercakap pasal demam, dua hari saya dirumah pulun marathon Bujang Sepah Silalalitamplom 13 Episod, Karoot Komedia 12 Episod, KKX ..emm bape episod tah, Sepah The Movie saya play sampai terlelap bagai, Gelak Khas dan juga drama Bomoh Temberang. Ish...nampak macam fanatik sangat kan? Bila demam, saya cuba mencari hiburan selain membca buku-buku ilmiah saya. Maklumlah sakit. 

Bila menonton Bujang Sepah Silalalitamplom, saya rasa mahu tersenyum sendiri tengok Jep dalam drama ni. So naif. Tapi, mulut serius minta kena cili. Asyik nak menengking saje...kesian Shuib la kan. hehe. Tapi, entah kenapa, 4 tahun lalu insan bernama Mohd Nadzri ni cukup saya anti. Cara cakap yang terpekik sana sini buat saya betul2 benci! Sebaliknya, Mamat & Shuib berjaya curi perhatian, Jep jauh sangat saya tinggalkan. Bagi saya, lawak dia takkan kemana.........



Kehadiran awal Jep & Sepah dalam industri hiburan tanah air


Tapi, ML 2011 mengubah pandangan saya terhadapnya. Lawak Jep yang lebih matang, lebih teratur, gaya yang lebih fresh, membuatkan saya membelakangkan Jozan! Saya dah jadi hard-core Sepah!! Dan akhirnya Sepah Juara!! Dari situ saya cuba selidik, siapa Mohd Nadzri bin Zainal Abidin ni ye? Tapi ketika itu, keadaan tidak mengizinkan untuk saya jadi die hard fan Jep, memandangkan bekas teman lelaki anti-Sepah tahap maximum! 



Jep tampil imej rambut panjang lepas ML 2011. 
You caught my eyes & attention, bro! ^_^

Bila da single ni, saya mencari kembali insan itu. Dan akhirnya, saya bersyukur! Saya menjalinkan ukhwah bukan sahaja Jep, malah semua peminat Jep dari seluruh Malaysia! Terharu sangat bila teringatkan ukhwah yang terjalin. Dan, dari sini juga, saya mengenali adik-adik kesayangan saya, Cik Siti, Adila, Eyma & Naz. Begitu juga rakan-rakan lain seperti Alin, Fiz, Fatin Syafiqah, Ella.....ramai tak tersebut. Terima kasih ya. 







Penampilan Jep terbaru : Lebih kemas, matang dan maskulin. 
Sesuai dengan lawaknya yang semakin matang....tidak terjerit2 macam dulu!


Apa-apapun, untuk Jep, saya ingatkan sekali lagi, peminat awak ramai....ramai sangat! Mereka ni yang mengundi awak untuk ABPBH 2012. Saya sampaikan salam mereka disini khas untuk awak...apatah lagi buat mereka yang jauh di utara, selatan dan pantai timur, malah Sabah & Sarawak. Malah ada yang mengikuti awak sejak Raja Lawak 3. Jadi, hargailah mereka....kerana mereka terlalu sayangkan awak. Mereka mahu awak terus kekal dalam industri ini sebagai pelawak dan pelakon serba boleh. Jangan hampakan mereka........Insha Allah, dengan doa yang kudus, Artis Komedi Lelaki Paling Popular di genggaman awak....amin.




-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-

Sunday, 17 February 2013

Promo Time - Oh Mak Kau! 13 Mei 2013

Assalamualaikum...

Entri kali ni tak banyak saya nak kisahkan cuma nak mula promo, (selain promosikan abg Kulai ni utk ABPBH 2012) filem Oh Mak Kau yang bakal ditayangkan pada 13 Mei 2013 di pawagam seluruh tanah air. Membariskan pelakon hebat tanah air, antaranya termasuklah Jep dan Shuib sebagai watak utama. Ini adalah filem ketiga lakonan Jep, disamping Sofazr The Movie - Jiwa Kacau & Sepah The Movie. Semoga banyak lagi filem yang bakal menanti ye, Jep.

*Hmm..saya pernah menonton filem Cinta Luar Biasa pada tahun 2004 kalau tak silap, dan abg Saiful Apek memegang watak Usin, sangat jauh dari karakter komedi nya...dan ianya menjadi. Teringin nak tengok Jep dengan karakter totally out from comedy....saya tahu Jep mampu. Dalam Sepah The Movie, impaknya belum cukup le bro..........hehehe

Poster ihsan dari FB Oh Mak Kau
*Yang baju putih atas tu...Jet Li ke Jep Li tu?


Trailer OMK.

Jadi, apa lagi, ingat 16 Mei okay....... :)

-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-

Rindu nak tengok Jep main bola sepak...huhu ;(

Assalamualaikum...

Malam kelmarin lepak dengan adik dekat kedai mamak semata-mata menemankan dia tengok game Selangor vs Kelantan. Nak ke taknak....ikotkan jelah. Lama-lama aku pun terlayan sama. Dan lepas habis game, tiba-tiba terdetik dalam hati "alamak...rindunya nak tengok Jep main bola sepak. Sangat2 rindu. (padahal bagru dua minggu sudah tengok Jep main bola sepak kat Padang Persada PLUS.....). Ni namanya perasaan mengada-ngada. Hahaha!

Anyway, kepada yang pernah tengok Jep main bola sepak live aje yang tahu, best tengok dia on the field. Dan posisi yang paling best utk Jep, of course striker. (Haa...keeper? hehehehe). Aku banyak kali juga datang watch him played football, dan antara lokasinya Padang MBSJ Subang, Stadium UITM Shah Alam, Padang INTAN Damansara, Padang Setia Alam dan finally Padang Persada PLUS. 

Antara pengalaman yang paling tak boleh dilupakan masa first time datang tgk game MASC di Padang MBSJ Subang tu...sebab itulah kali kedua aku jumpa Jep selepas rakaman Betul Ke Bohong. Dan, yang paling x boleh lupa, bila Jep buat lawak 'lipat motor masuk kereta tu'. Sungguh sengal !! Dan lepas game tu juga Jep demam, sebab main bola sepak dalam hujan. (masin mulut aku bila cakap...."ni ada yg demam ni nnti...''). Memang masin mulut aku.....sehari sebelum Road Tour STM kat Batu Pahat Mall, Jep demam!! Kan dah cakap.........haaaaaaaa!! 

Dan, Jep pernah bermain bola sepak dalam keadaan demam juga. Masa tu kat UITM Shah Alam. Seriusly, tak best sangat tengok Jep masa tu. Tak sepenuhnya all-out! Dan, habis first half game, Jep dah balik. Masa tu tengok muka pun tau..."tak sihat lagi Jep ni". Katanya sebelum balik, main bola sepak malam tu pun sebab sekadar nak berpeluh saje. Hmmmm okay then.

Dan, begitulah seterusnya. Asal MASC buat game dan Jep antara pemain barisan utama, aku akan pastikan, Insha Allah, aku akan disitu memberi sokongan bersama rakan yg lain. Setakat ini, game di KL aku ada dtg. Sebab tu dah cop kat muka ni kot..."supporters Jep nie..hehehe :)". 

Okay, before end, inilah antara momen manis saya dengan empunya diri bernama Mohd Nadzri ni..

Balik kerja dari Petaling Jaya (Office lama), ambik Naz kat Sunway, terus ke sini.

Ni pun balik kerja juga. Tukar baju terus dtg Shah Alam...Jep x sihat masa ni.

Ni lagi kelakar...tgh baik punya lepak kat rumah....tibe2 dapat info Jep ada game.
Apa lagi...terus grab tshirt Jep Sepah tu, sarung je tudung and jeans...zoom ke Damansra....

Ni sweet moment..sbb jumpa Jep sehari sebelum birthday aku (24 Jan 2013).
Datang berdua je dengan Cik Adila ku sayang :)

Finally, ini paling latest....dari tempat event di Jln Ampang terus ke Subang. 
Sweet moment juga sebab aku & Jep sampai serentak.... :)

-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-





Saturday, 16 February 2013

Artis Komedi Lelaki Popular ABPBH 2012 Harus Milik Jep!

'Walau jauhku berlari, walau jenuhku mencari, tetap sungguh kau temani, tanpa jemu dan benci, biarku telan tangismu, biarku simpan resahmu, meski kau bukan milikku, teguh kau di hatiku.....percayalah, teguh dan bahagialahmu teman di taman ini......" - Di Taman Teman, Dato Siti Nurhaliza.

Suka lagu ni amat sangat. Sebab, itulah Jep...walau apa keadaan emosi saya, ketawa dan menangis, lawak Jep selalu menghiburkan saya. Dan, saya percaya, tanpa jemu dan benci, dia terus menghiburkan semua peminatnya. 3 kali saya menghadiri rakaman Karoot Komedia X baru-baru ini, dan Jep tidak menghampakan saya! 

Disebabkan itu, saya sanggup berhabisan duit membeli akhbar BERITA HARIAN untuk undian ABPBH 2012 dengan harapan agar Artis Komedi Lelaki Popular dijulang oleh empunya nama Mohd Nadzri Zainal Abidin ini. Walau harapan saya tinggi menggunung, Jep dah lama juara di hati semua peminat Sepah. Lawaknya terus dibangga kerana tidak dibuat dan punyai kelainan tersendiri. Dan, Jep tetap juara carta hati saya. Terima kasih kerana menghiburkan semua.

Untuk Jep, doa kami sentiasa mengiringi anda. Kalau awak menang, syukur Alhamdulilah. Sekiranya tidak, usah bimbang, trofi dan anugerah bukanlah kayu ukuran kami untuk awak. Apa yang awak lakukan selama ini, cukup bagi kami. Menang trofi adalah satu bonus untuk kerjaya awak.Satu dan satu-satunya pesanan saya, be yourself....jangan sesekali sombong dan angkuh bila berjalan atas bumi Allah Taala ni, ingat family & be humble ya........senyum-senyum selalu... ^_^







Kita undi dan doa sama-sama......semoga abe Kulai ni menang ye tahun ni :)
(*anyway, segak nampak. Boleh je senyum lain angle...heheheh)


Thursday, 14 February 2013

Perihal Facebook & Twitter


“Bukan harta jadi ukuran, bukan rupa jadi sempadan, kerana budi bahasa, dengan tutur dan cara membuatku tergoda…..” – lagu Yang Indah Yang Hangat, Amelina.

Apa benda yang kau merepek ni Azura Ashikin bt Azman? Haha, biasalah dah tengah hari ni, perut pun lapar, berdangdut pulak perut ni. Takde hal kan layan dangdut, gua kan all rounder. Semua genre muzik dilayannya.

Okay sebelum otak ligat berputar, nak memikir makan apa tengah hari ni, (booooring……!) mari kita buka topik jap supaya blog saya ni berwarna-warni sikit. Hari ni saya nak bercakap perihal Facebook dan Twitter. Hmm, zaman dah canggih sekarangkan. FB dan Twitter on-the-go je. Mana-mana boleh access FB & Twitter. Dan, saya amat-amat salute kepada ramai fans Jep buat page FB dan akaun Twitter sebagai tanda sokongan kepada abe Kulai ni. Pergh…korang memang terbaik.

Cuma, sebagai seorang kakak, dan juga boleh diklasifikasikan sebagai pemerhati juga, kalau nak buat Twitter ke FB ke, boleh! Even, Jep sangat mengalukan semua yang menyokong dirinya…..cuma janganlah mencurigakan fans…salah info dan sebagainya. Tak mahu! Tak mahu! You all maybe feels happy..ramai followers, cuma kesian Jep tak? Twitter & FB kita boleh buat sayang2 ku. Tapi, satu je benda yang tak boleh buat…KEIKHLASAN. Ikhlas tidak boleh direka atau dibuat. Ianya datang tulus dari hati.  Makanya, jadilah seorang peminat yang ikhlas.

Saya pernah mendapat beberapa mesej di FB dan Twitter, ada fans menyamar jadi Jep dengan minta nombor telefon fans lain. Bila saya cuba call, tak pula berjawab. Eh kenapa macam tu sekali adik-adik! Kesian Jep. Tak fasal-fasal ada fans cakap “akak…Jep ni tipu arr!” Achaner akak nak jawab tu dik oi? Akak nak tanya dulu “apsal percaya?”

Jep juga insan biasa sayangku semua. Saya yakin, dia takkan sorok apa-apa demi relationship dia dengan peminat, yang terus menyokong kariernya selama ini. Saya berani jamin itu. Cuma, jangan tipu fans lain. “Nak kenal Jep, mesti follow Twitter saya…..” eh kenapa perlu gitu! Oh, kalau camtu saya boleh war-warkan lah……NAK JUMPA JEP BACA BLOG SAYA! ADD SAYA DI FB! FOLLOW SAYA DI TWITTER! Saya tak endahkan Jep Sepah FC dah! Gitu ke?? Tak boleh gitu,kan? Jep ada kelab peminat yang rasmi, iaitu Jep Sepah Fans Club, yang selama ini JEP FC lah menemukan saya dengan Jep dan anda semua rakan-rakan pembaca blog, twitter dan FB. Alhamdulilah……!

Jadi, akhirnya pesanan saya, jadilah peminat yang matang. Sokongan dan dorongan adalah yang paling penting. Tak mahulah menyamar-nyamar ni adik-adik. Tak elok. Kesian Jep. Nama Jep yang kena tau. “akak, Jep tipu fans lah….” “akak…jep ini…” “akak..jep itu…”!! Ha, akak tak tahu dek non! Akak dah pesan banyak tak dengar cakap! Cuba stay dengan landasan yg betul….memang lah Jep FC tak dapat nak hadapkan Jep dpn korang…..PEMINAT JEP BERIBU KOT!! Tapi, tak salah kan kalau rasa “jauh dimata dekat di hati”? renung-renungkan….. :)

Okay, finally saya tinggalkan anda dengan sketsa dari Chef Poddah.....Achaner Tu Johan Episod Pertama. Jep jadi artis jemputan bersama Amir I'm Sorry....enjoy :)



-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-

Wednesday, 13 February 2013

Kreatifnya Semua Peminat Jep...Saya Yang Nak Nangis!

Assalamualaikum...

Taknak citer banyak, kalau internet rumah / office / kolej / U korang okay, klik lah setiap satu video kat bawah ni. Saya tabik dan salute dengan kreativiti semua............

From Syikin


from Cik Stalker


From Fairuz


From Nur Kamilia


From CikStalker lagi 


from....Me...heheheh ^_^ 


Kempen ABPBH Jep 2012

Ini antara VC yang saya jumpa. Syabas JEP SEPAH FANS CLUB & congrats Jeppers.....anda sungguh mengagumkan.......(saya yang sebak pulak...sobss sobbss...)

Jep, Gitar & Suara......

Assalamualaikum,

Amboi, liatnya nak ke office hari ini. Maklumlah 4 hari cuti. Bulan Februari ni cuti saja ye. Ikutkan nak sambung cuti, tapi tuntutan tugas perlu dilaksanakan. Bekerja dalam bidang event management tidak mengira masa dan waktu. Tapi, inilah dunia saya. Saya memang suka dengan event management. Kalau Jep buka event management company, saya nak jadi orang pertama bekerja...boleh Jep? Hehehehe saya bergurau ^_^

Okaylah, sementara nak warm up kerja dan orang lain belum masuk lagi ni, apa kata kita buka topik hari ni. Sebelum ini, kita dah bercerita bakat Jep dalam football kan, tapi kali ni kita bercerita tentang bakat Jep dalam muzik. Ha.........semua orang tau Jep pandai dan tersangat pandai main gitar, selain rakan seperjuangan, Shuib. Memang salute tengok Jep main gitar. Sejak bila dia pandai main gitar...wallahualam. Tak pernah tanya lak pulak......! Apa-apa pun, he's talented kan?










Sayang gitar eah..... ^_^



Jep main gitar dalam Bujang Sepah Silalitamplom

Selain main gitar, Jep pun ada bakat menyanyi. Wah, multi-talent nie! Tapi, maafkan dia ye kalau suara kadang-kadang ke laut! Takde maknenye suara dia ke laut. Cer dengar lagu tema Bujang Sepah Silalalitamplom. Okay je....? Saje je kan taknak menyedapkan suara! Ape lah Jep nie..hahaha! (video saya tak letak lah ye, korang gi je Youtube, search Jep Sepah, berlambak yang kuar kang. Klik ye...okay). Cuma saya masih tak boleh berhenti nak ketawa bila tengok balik Raja Lawak 3, yang dia nyanyi buat suara Ramli Sarip tu. Bukan je saya...dengan ayah, ibu, adik saya gelak sekali....!! 

Secara keseluruhannya, all rounder lah Jep ni. Bakat amanah Allah okay, jangan sesekali dipersiakan......:)


-hanyadiajepsepahtu.blogpsot.com-

Monday, 11 February 2013

Jep ooo Jep......

Assalamualaikum....

Ha....cuti-cuti ni pergi mana aje kome? Macam saya duduk rumah saje. Maklumlah, kerja dalam line event management memang sangat meletihkan. Keluar umah sepagi mungkin, dan balik rumah kadang-kadang dah malam. So, badan kadang-kadang cepat letih dan mudah pulak demam. Tapi, demi mencari rezeki saya gagahkan juga. 

Okaylah, berbalik kepada perihal semalam dari rakaman KKX untuk episod ke 9. Terharu tengok yang datang bersama team kami, Jep Sepah Fans Club. Penuh bas. Tapi, itulah....satu sahaja yang saya nak tekankan disini. Mungkin ada yang rasa macam kurang best sebab x dapat bergambar dengan artis, nak pulak Jep sendiri. Bila saya lafaz maaf bagi pihak Jep, kerana besar kemungkinan Jep rushing sesuatu, saya dengar-dengar juga mulut dan FB yang bersuara "kak Zura boleh cakaplah......Jep dah kenal akak. Jumpa selalu, xyah nak berlagak sangat lah kan.." or ''ko jangan nak gedik sangatlah dengan Jep, ko ingat Jep suka perangai kau yang tergedik-gedik tu...pergi mam*** lah!!" (siapa yang tulis dan hantar ni biarlah rahsiakan...tak baik buka aib orang). 

Tengok, kesian tak dengan apa yang saya terima. Tapi, saya okay je. Saya terima dengan hati yang terbuka. Selagi saya masih diperlukan, saya akan terus menulis tanpa henti. Saya dah katakan, saya cuba berada di lokasi dimana Jep berada hanya sebagai wakil kepada kelab peminat sahaja. Tapi tidak semua lokasi. Saya berada di lokasi yang lebih santai seperti game MASC, atau tempat yg memerlukan audience macam Betul Ke Bohong dan KKX. Itu sahaja....! Konsepnya mudah. Tidak perlu berada dimana sahaja icon tu berada, untuk tunjuk tanda sokongan. Cukup sekadar dimana perlu. Jep juga manusia biasa...dia perlukan privacy. Sebab hidupnya dah takda privacy. Once u get famous, u memang dah takde privacy. Kadang-kadang bila saya cakap "Jep need his privacy.....", nanti ada yang terlalu cerdik bertanya "Jep pun manusia biasakan...kenapa nak privacy sgt???" Adehla....apa boleh nak dijawab tu...?? Sungguh menguji kesabaran kadang-kadang. Hahahaha.

Saya berkecimpung dalam perihal kelab peminat dah lama....saya bersama Zahid AF2 FC dahulu sebelum bersama JEPFC. Naluri ingin mendekati selebriti itu memang menebal. Tapi, kita beri sokongan sekadar yang mampu. Bukankah doa adalah yang paling terbaik? Jadi kita doakan Jep yang terbaik sahaja okay. Tidak keluar berjumpa peminat bukan bermakna Jep sombong.....harap anda semua fahami dia, okay?

Last but not least....undi ABPBH nak sampai penghujung dah ni. Korang dah undi lum? Undilah.......jom arr tgk Jep menang tahun ni. Undi Undi Undi....jom gempur UNDI JEP!!! yeeehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!

Hah! Cakap Jep sombong lagi..kan dah naik kening abg aku sorang ni.... ^_^

Erk...pic lama nie. Dari mana jumpa nie Azura oi!!! 
(Dalam hati : awk smart la, Jep....hehehe)

"Aku sombong ke??" 
Ha...korang Jep dah merajuk!! Baik pujuk balik... ^_^

Xde motiff pun letak gambar ni...saje nak cakap..
"Ini gambar favorite saya..." 

-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-



Jep Sepah Fans Club Rockxx!!!!

Assalamualaikum....

Hmmmm baru sampai rumah dari rakaman....Is Barang Baik Is Barang Baik. Seronok dapat berkumpul ramai-ramai dengan peminat yang datang dan juga rakan-rakan tersayang Adila,Eyma dan CT, selain jurugambar rasmi dan tetap JEP FC, Encek Hafizzudin @ Fiz. Hehehe. Tapi kita masih belum full strength kan, sebab Naz xda. Takpelah, hopefully lepas ni Naz dapat join balik kan? 

Apa-apapun, rasa terima kasih tak terhingga kepada pengurusan studio 1, Astro kerana memberi peluang kepada peminat untuk ke rakaman KKX dan tidak henti-henti menyebut JEP SEPAH FANS CLUB. Terima kasih. Famous Cik Siti sekejap kan.....! Terima kasih juga untuk Jep kerana sudi luang masa even sekejap untuk bergambar group dengan fans yang datang. Dan, terima kasih juga Jep yang senyum2 dua kali atas stage sebab nampak saya dengan Adila betul2 depan dia. Senyum terharu dia sangat kelihatan bila Fans Club dia datang support. 

Kepada semua yang menyokong JFC terima kasih....JEP FC adalah sebuah kelab peminat Jep yang rasmi dan segala info yang didapati dari Jep adalah telus dan terus. Kalau terlambat tu, biasalah, pengurusan JFC juga ada yang bekerja, tidaklah dapat sepenuh masa tumpuan kat FB....faham je lah kan. Jadi, kepada semua yang asyik bertanya, macam mana nak jadi ahli JFC eh? Ada borang ke nak isi? Ada yuran ke ? Sampai kena join  pertandingan ke kalau nak jadi ahli???? Eh, tak perlu, hanya like sahaja page Jep Sepah fans club (gambar logo sebagai profile picture) secara automatik anda adalah ahli JFC dan anda layak untuk ikuti aktiviti, gathering atau apa sahaja berkaitan Jep. Ok? 

Studio 1, Astro tempat berlangsung rakaman KKX.

Rakan seperjuangan JepFC, Eyma.

Lagi rakan seperjuangan JepFC....Adila

JEP & JEP SEPAH FANS CLUB. TQ Semuanya.....

-Azura Nadzri-



Saturday, 9 February 2013

Sekalung Penghargaan...........




Sekalung Penghargaan Untuk Semua Pembaca 
http://hanyadiajepsepahtu.blogspot.com





Jep Di Mata Peminat......

Assalamualaikum.....

Amboi.....bisingnya bunyi mercun kat area rumah ni. Maklumlah esok nak raya....hehehe raya tahun baru cina. Kita 1 Malaysia kan......semangat muhibbah tu penting. Hehehe...

Okay, bukan pasal CNY kita nak cerita ye. Kang kot lari topik. Hari ni meh kita berceloteh tentang istimewanya Jep di mata peminat dia. Nak dijadikan cerita, haritu 5hb Februari, MASC punya game dekat Subang, pemain yang much much handsome dari Jep byk lagi, ada Kamal Adli, ada Zul Ariffin, makcik-makcik dan akak-akak tepi padang tu dok sebut nama .... JEP!!!!!! Jadi suka bila Jep melambai sekejap...hamboi makcik!!!! Banyak lagi yang handsome ni makcik!! Kenapa JEP?? Why always him?? Hahahahaha lawak!! 

Okaylah, moh ler kita cuba selongkar apa yang buat ramai apa org kata...melting?? kat empunya diri bernama Mohd Nadzri bin Zainal Abidin ni. Kita selongkar dari segala aspek okay.

A) Lawak dan lawak dan lawak
Bukan nak lambung Jep setinggi alam...tapi serius cakap lawak Jep memang A! Tak pernah basi dan tak pernah bosan. Ada je cara dia nak membahan orang dan ada sahaja benda yang keluar dari mulut dia yang boleh buat orang ketawa. Lawak melayu lah orang kata. Saya tak heran nak membandingkan Jep dengan pelawak sebaris dengan Jep, sebab bagi saya, Jep punya cara melawak yang tersendiri. Thumbs up!!


Tengok muka awak pun saya dah nak gelak Jep!!!


B) Penampilan
Hmm, perkara ini, saya serahkan kepada peminat yang lain menilainya. Haha, rata-rata saya melihat dan menerima komen "Jep handsomenya....", "Jep awak cute...." "Jep...melting tengok awak..."!! Wowowo.......hebat!! Terbaik lah Jep! Perubahan penampilan awak membuat ramai tak tido malam! Secara jujurnya, saya mengagumi penampilan Jep sekarang yang lebih matang, yang lebih fresh dan lebih kemas berbanding masa baru keluar Raja Lawak. Syabas you rock beb!!! Tapi, bila gathering fans ke, saya nasihatkan awak, pakai tshirt je ya...nanti ada yang pengsan susah pulak!! Hahaha (ini pakai t-shirt dan jeans pun ada dah cakap...."kak zuraaaaaaaaaa kenapa Jep sangat handsome??" Okay no komen.hehe)



Ha....ini antara penampilan yang saya percaya ramai yang ......"Arghhhhhhhh Jepppppp!!!" 
Ha, ha Jep tak tahu! Awak buat ramai histeria ni ^_^



Gaya Jep yang lebih santai.....


C) Senyum
Senyumlah senyumlah...ahai cek mek molek!! Antara yang menjadi perhatian di mata peminat, senyum Jep. Ada yang suka gigi lapis lapis dia tu ye. Amboi korang dasat! Okay tak menafikan, senyum Jep memang manis sangat. Dia murah senyum. Kadang-kadang, bila jumpa Jep time dia tak sihat ke, demam ke....tetap senyum lebar. Tue buat orang suka agaknya. Teruskan senyum awak ye........ :) 





*ini yang paling best....dalam JFN 72 tu oiii!!! Ok fine!! Gigil....1st time biasalah!! :P






Haa....ramai yang suka gigi dia yang layer layer tu eh.....^_^ 


D) Humble (Sangat Jejaka Johor you alls....)
Ini pengakuan saya sendiri....Jep sangat humble. Saya tak tahu dari apa aspek orang kata Jep sombong? Entahlah, itu pendapat masing-masing. Tapi bagi saya, Jep antara selebriti Malaysia yang paling humble saya jumpa. Murah senyum, dia menghargai peminat yang sentiasa menyokong supaya Jep terus melangkah dalam arena seni ni. 100% buatan Kulai u alls.....heheheh


Haaaa itulah antara aspek yang saya rasa kebanyakkan peminat suka dan consider "jatuh hati" kepada Jep. Walau apa pun Jep, saya harap teruskan semua sikap dan gaya awak yang bersahaja. Seandainya ABPBH 2012 milik awak tahun ni, saya harap itu tidak akan merubah apa-apa dari awak. Kekal di peringkat ini.....ini harapan semua. Sebab awak sangat terhangat di pasaran sekarang...macam lagu KRU tu....All the best,Jep!

-Azura Nadzri-