Friday, 18 January 2013

Terharu dengan semua peminat Jep.

Assalamualaikum...

Salam Jumaat semua. Wah, sedar tak sedar kita dah hari yang ke 18 dalam bulan Januari ni. To all January babies, happy birthday in advance (termasuklah untuk diri ini yang bakal menjengah ke umur 27 25hb ni. Pengumuman pengumuman siapa yang mahu bantu tolong aku, kasihani aku, tolong carikan diriku, kekasih hatiku, siapa yang mau...............hehehehe)

Okay entry kali ni, sebenarnya terdetik rasa terharu di hati ini melihat sokongan padu peminat-peminat Jep di Facebook dan juga Twitter. Tak henti-henti buat video, edit gambar, ucapan, yang buat page sokongan, macam-macam lagi......sangat terharu. Sokongan yang tak berbelah bagi. Semoga dengan sokongan kalian yang tak henti-henti ni, Insha Allah Jep akan lebih maju dan success di masa akan datang. Jep sangat-sangat memerlukan sokongan anda semua. Dan kepada yang x berkesempatan  bertemu dan bertentang empat mata dengan Jep, Insha Allah ada je peluang. Sesiapa yang berada di KL, kalau MASC buat game, dan Jep antara pemainnya, datanglah. Insha Allah, tercapai hasrat korang nak jumpa Jep live. Macam saya, saya, pun tak pernah mengagak dan menduga saya kerap jumpa Jep. Cuma mungkin sedikit usaha kot. Saya jumpa Jep pun bila Jep di KL je, if Jep luar KL takdelah saya nak mengikut dia ke mana-mana. Saya pun peminat biasa.

Kepada semua teman-teman dan adik-adik di Facebook (nama ramai sangat tak tersebut), terima kasih sebab sokongan dekat Jep. Teruskan sokongan, saya pasti Jep sedar tentang kehadiran anda semua. Dan kepada adik-adik yang masih bersekolah, utamakan yang perlu okay. Sekolah & pelajaran perlu didahulukan. Akak pasti, Jep mahu peminat dia yang bersekolah dan masih belajar, cemerlang dalam pelajaran. Apa-apapun, keluarga dan pelajaran harus diutamakan dahulu ya.

Terima kasih kerana terus bersama blog Hanya Dia Jep Sepah. Teruskan membaca.....

*Entri kali ni tak da gambar sangat....hehehehe*

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.