Monday, 7 January 2013

Doa Mengiring Jep ke Pencalonan Akhir ABPBH 2012

Assalamualaikum....

Dari start ABPBH (Anugerah Bintang Popular Berita Harian) umumkan pencalonan awal Artis Komedi Lelaki Paling Popular 2012, hati aku dah berdegup laju. Harapan sangat tinggi tahun ini untuk tengok Jep julang award tu...dan sekaligus menaikkan Jep ke satu level lagi dalam kariernya. Untuk rekod, Saiful Apek pernah menang kategori ni, terus dia naik sebagai BINTANG PALING POPULAR 2001 kalau tak silap. And, sebab itu, hati aku berdegup laju setiap kali memikirkan ABPBH 2012. Sebab, sekiranya Jep tercalon ke peringkat akhir atau erti kata lainnya top 5, Jep berpeluang besar menang BINTANG PALING POPULAR 2012, kalau undian banyak berpihak kepada dia, dan boleh menewaskan nama-nama besar yang lain. Come on...if Apek and Nabil boleh grab BINTANG PALING POPULAR, menewaskan DATO CT, waktu tu.....rasanya, peluang untuk Jep ada, kan? Aminnnnnnnnnnn

Kepada Jep, semoga awak berjaya ke peringkat seterusnya dan doa kami peminat anda sentiasa mengiringi karier dan langkah anda. Dan satu sahaja pesanan kami, sekiranya anda berjaya, jangan lupa bumi yang anda pijak, sedangkan anda sudah tinggi menggapai bintang. Dan, jangan-jangan lupa setiap peminat awak, terutama yang dah mengikuti awak dari zaman Raja Lawak 3 lagi. Sekiranya anda menang, sekalung tahniah dari kami. Semoga maju jaya Jep........


Jep yang tak berhenti memberi senyuman...semoga 2013 tahun rezeki awak Jep ^_^

Bismillahirahmanirahimmmm........Insha Allah....Amin.....


-Azura Nadzri-

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.