Thursday, 17 January 2013

Demam ABPBH 2012 - Artis Komedi Lelaki Popular Wajib Milik JEP!

Assalamualaikum,

Pertama sekali, terima kasih kepada semua yang masuk blog saya dan memberi komen. Rata-rata suruh memberi update ter"latest" tentang enche Nadzri @ Jep. Ha....kalau nak latest update, senang je, selain blog saya, korang mesti rajin masuk FB kan? Cer like Jep Sepah Fans Club punya page, dan kat situ semua info terbaru Jep akan korang dapat.

Ok, update untuk hari ini. Sebenarnya dah berkobar-kobar nak mengundi Jep untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 ni. Hari-hari spend RM10 semata-mata beli Berita Harian punya pasal. Pergh hebat betul! Sampai family pelik, apasal banyak sangat surat khabar Berita Harian dalam kereta aku? Nak kata kerja NSTP group tak pulak? hehehehe :D

Last time aku mengundi pulun habis-habisan tahun 2005, masa tu Zahid AF2 tercalon untuk Penyanyi Lelaki Popular, apakan daya, pulun punya pulun kalah di tangan Mawi. Takde rezeki kan nak buat camna. Tapi time tu, tak sehebat pulun undi sekarang sebab time tu sekolah, dan duit pun ibu and ayah bagi lagi. Hahaha. Tapi, tahun ni, berdoa dan usaha supaya Jep menang kategori ni sekaligus MUNGKIN BOLEH MENGANGKAT BELIAU SEBAGAI BINTANG PALING POPULAR 2012. Aleetoqqq.......nak nangis dulu!! hehehehe

Untuk semua peminat Jep, saya harap kita semua teruskan undian ya. Kalah atau menang, adat bertanding, apatah lagi utk pertandingan memerlukan undian. Bagi saya secara peribadi, Jep dah terlalu menang di mata saya sebab, dan dia juga juara saya. Sebab apa saya berani cakap macam tu, time saya sedih, saya menangis mengenangkan jodoh yang tidak kesampaian dan diri yang ditinggalkan oleh mantan kekasih (eceh!!), saya boleh keringkan air mata dan ketawa sepuas-puasnya hanya menonton gelagat Jep, Mamat  dalam semua aksi lakonannya, apatah lagi dalam telemovie Bujang Sepah Silalalitamplom dan koleksi Maharaja Lawak 2011.

Dan untuk Jep, saya harap kalau awak menang, PLEASE AND PLEASE maintain sikap awak dan attitude awak yang sangat humble & suka tersenyum macam sekarang. Jangan sesekali awak terbuai atau terbang di awangan-awangan sangat. Sentiasa ensure yang kaki awak berpijak di tanah milik Allah SWT ni. Even awak dah sampai ke bintang atau bulan sekalipun, jangan lupa kami di bawah ya. Itu sahaja harapan saya, mewakili suara jutaan peminat awak yang lain. All the best Jep....all of us will be your strength! Insha allah.



Ini pertemuan kali pertama...nervous and nervous
Lokasi : Kota Damansara, recording Betul Ke Bohong Musim 3, 1 September 2012.

Pertemuan kali kedua, nervous lagi.... :P
Lokasi : Padang MPSJ, Subang Jaya, game MASC vs Pilihan Selangor 1. November.2012

Pertemuan kali ketiga, emmmm okay still nervous. Kredit to Shahrol Shiro yang capture gambar ni
Lokasi : AEON Bukit Raja, Klang, Road Tour Sepah The Movie, 11 November 2012

Pertemuan kali keempat, emmm dah okay kot sikit.
Lokasi : Stadium UiTM, Shah Alam, game MASC vs ......... apatah tak ingat, 14 November 2012.

Yang ini pertemuan kelima untuk setakat ini, heheheh.
Lokasi: Padang INTAN, Bukit Kiara, Damansara, game MASC vs INTAN Veteran, 12 Januari 2013.


Ini video promosi JEP untuk ABPBH 2012. TQ kepada cik Eija Aquarius utk video ni....


-Azura Nadzri-






4 comments:

  1. nnt klu jmpa JEP SEPAHTU tlg smpaikn salam kat dia tau . mnat gile kat dia nie

    ReplyDelete
  2. sampaikan salam jugak eh ? Mnat gile ah kat dia !

    ReplyDelete
  3. semua tempat yang awak pi utk jumpa Encik Nadzri ni, boleh dikatakan senang utk saya pi..tapi masih ada komitmen terhadap study sbb tu masih belum berpeluang nak join benda2 ni..huhu..really hope can see him a.s.a.p..

    ReplyDelete
  4. Wah.. untungnya awak.. selalu jumpa dia.. saya tengok dalam tv je.. Ni selalu jumpa ada jodoh kot.. hehehe.. Siapa tak nak kan..

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.