Sunday, 13 January 2013

Bertemu Jep di Padang INTAN, Bukit Kiara.

Assalamualaikum....

Lama dah rasanya tak jumpa Jep. Rasanya yang paling akhir Roadtour Sepah The Movie Danau Kota kot. Tu la last...lepas tu menyepi sekejap. Nak dijadikan cerita, aku memang agak sibuk dan penat juga. Maklumlah semalam aku balik lambat, tengok Saiful Apek & Shuib untuk rakaman Lawak Minggu Ini. Jadi, hari ni memang letih sikit.

So tengahari tadi, pukul 3 petang gitu, tengah-tengah rehatkan diri, dapat info dari facebook mengatakan Jep ada di Padang INTAN, Bukit Kiara. Macam biasa, bermain untuk MASC la. Apa lagi, rojer chinta-chinta hatiku, Adila Zainul. Eyma Ismail dan Cik Siti terus ke Bukit Kiara. Honestly, aku suka sangat jumpa Jep dalam keadaan sangat simple. T-shirt dan jeans sahaja. hehehe. Sampai je Bukit Kiara, jumpa Angah RL. Jep datang dengan Angah, sebab tak da buat apa dirumah kata Angah.

Lepak dan gelak-gelak dengan Angah memang sempoi. Siap dijamu manggis yang Angah beli. Dan Angah sangat best.....dia tak heran nak entertain fans dia.

Dengan Angah....rasanya sepadan tak?? Hehehe :)

Lepas dah hampir maghrib, Jep habis main bola sepak. Dia datang kat kami dan Angah. Katanya, tak puas hati main bola hari ni. Entah kenapa agaknya. Apa-apalah Jep. Anyway, terima kasih sebab dapat berbual sekejap. Sebelum balik, inilah hasilnya....

Ini kali ke......lima ke enam tah la jumpe dia. Bukan nak berlagak, ye. Maybe rezeki ^_^

Pesan kat Jep, satu pose please untuk fans dalam FB! Nie dia bagi aksi budak sekolah... ^_^

Rakan JFC, Eyma dengan Jep. Jeles Eyma awak sama tinggi dan saya katik!! 

Rakan JFC, Adila dengan Jep...apsal semua muka macam x tenang!! heheheh ^_^


So itulah sahaja coretan saya untuk tengah malam ni (sambil ditemani teh secawan dan dendangan lagu Pujaan Hati dari Kangen Band.....motiff lagu Pujaan Hati??? heheheh). Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang terus baca blog ni. Saya nak pesan, tak perlu cakap saya hebat atau peminat Jep yang terbaik. Saya sangat biasa-biasa. Saya rasa semua peminat Jep adalah terbaik. Kerana, ada yang sanggup buat page, group, video...dan macam-macam lagi. Terus terang kata, JEP TERHARU DENGAN SOKONGAN ANDA SEMUA. Mulut dia tak henti-henti cakap terima kasih terima kasih.......!

Sebelum terlupa......undi Jep untuk ABPBH 2012 ok.........adios

-Azura Nadzri-




4 comments:

  1. wahhhh besnye dpt jumpe jep!!!igt nak gi gak smlm tp memandangkan ayahanda terchenta dah pesan x bg kuar umah jauh2 smlm..so x gi la..sume sbb perhimpunan tula,xdpt nak jumpe jep..huuuu

    ReplyDelete
  2. bestnye dapat tengok Jep main bola depan mata :) teringin nak tengok :( nanti kak Zura tolonglah recordkan mase abg jep main kat atas padang tu :)

    ReplyDelete
  3. Syuuud, insha allah, Jep lari macam lipas kudung, entah sempat nak capture video or tak. Hehehe. Meh la datang lokasi kalau MASC buat perlawanan.

    ReplyDelete
  4. MASC banyak buat game dekat KL aje , kite kat JB :(

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.