Friday, 25 January 2013

Working Station & Hobi Masa Lapang

Assalamualaikum....

Pergh penuh wall FB and Twitter dengan ucapan selamat hari jadi. Rasa macam xnak berhenti cakap terima kasih kepada semua. Terharu sangat....bukan terharu apa....actually sebab cinta, I'm almost lost friends.... lepas insiden aku putus, aku jumpa my new family and friends. Sebab tu rasa terharu...in fact menitis air mata mensyukuri ukhwah yang Allah Taala beri. Insha allah, saya hargai persahabatan ini, dan diharapkan ukhwah ini kekal ke akhir nafas......dan terima kasih jua kepada Enche Nadzri.

Okay, tak banyak update status entri kali ini, just dapat info yang Shuib, Mamat dan Jep dah mula shooting telemovie raya di sekitar Puncak Alam. Dan dengar-dengarnya, esok, 26hb Jan 2013 MASC ada game lagi kat Serdang. Yang sedihnya.........tak leh pergi..........huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nak meraung!! Nak jumpa adik-adik saya, Adila, Naz, Eyma & CT dan nak jumpe bro saya...Jep!! Tapi, takpelah, sekali x tengok takde hal kot. Insha allah, adik-adik saya ada.

Eh, sebelum terlupa....jangan lupa undi Jep untuk ABPBH okay. Macam tak gerak je undian ni. Sape2 yang undi melalui post tu, jangan hantar last minit tau. Hantar by week, bimbang kalau undian x masuk. Please la weyh semua fans Jep......saya nak tengok dia naik pentas tahun ni. Serius nak tengok. At least, he been appreciated. Saya faham....ada pihak kata Jep sombong, x tegur peminat dan sbgnya...tapi dari hati saya, JEP TAK MACAM TU. Jujur...nampak dia tegur je, jangan malu-malu. Dia hargai anda semua.....mungkin saluran dia takda. Kita respect kenapa dia macam itu.

Whatever it is, even Jep menang ke tak tahun ni, Jep tetap juara carta hati saya dan semua. Sebab, dia mampu buat saya ketawa even saya sedang menangis. Terima kasih ye.... ;)


'
Working station. FB, Twitter & Blog...disinilah lokasi saya "bekerja...^_^

Saya tak sangka blog saya ada follower & pembaca. So, saya kena update selalu.... :) 


-Azura Nadzri-


Jep di Padang Setia Alam...MASC vs Sani FC

Assalamualaikum...

Sorry berlori-lori semua pembaca setiaku....sibuk dengan event lately ni. Tak sempat nak update. Takpe, kali ni saya update latest cerita okay. Anyway, kepada semua yang wish besday saya (25 Jan 2013) terima kasih tak terhingga atas doa kalian. Terharu sgt. Kepada family kedua saya yang havoc dan happening, Jep Fans Club atau JEPFc......terima kasih juga.

Sehari sebelum hari jadi

Sempat datang Padang Setia Alam tengok Jep main bola untuk MASC vs SANI FC. Macam biasa, maybe dia dah biasa dengan muka aku dengan Dila, bukan main melambai2 dia kat kami. Agaknya, lepas ni kalau tak datang, dia cari tak agaknya?? haha. Perasan. Anyway, gambar tak banyak sebab padang tu sangat luas dan aku & dila terpaksa meredah lecak untuk mendapatkan Jep & artis lain di tengah padang. Serius lecak!!! Eyuuuuuuuu!! So ini je la yang tercapture......



Pertemuan kali ke..............entah tak ingat sebab banyak dah. huhu


Ada cerita manis di sebalik air mineral angry bird comel ni. 
Xpelah, let it be exclusive, sebab ye la nnti aku dicop "syok sendiri"

-Azura Nadzri-

Friday, 18 January 2013

Terharu dengan semua peminat Jep.

Assalamualaikum...

Salam Jumaat semua. Wah, sedar tak sedar kita dah hari yang ke 18 dalam bulan Januari ni. To all January babies, happy birthday in advance (termasuklah untuk diri ini yang bakal menjengah ke umur 27 25hb ni. Pengumuman pengumuman siapa yang mahu bantu tolong aku, kasihani aku, tolong carikan diriku, kekasih hatiku, siapa yang mau...............hehehehe)

Okay entry kali ni, sebenarnya terdetik rasa terharu di hati ini melihat sokongan padu peminat-peminat Jep di Facebook dan juga Twitter. Tak henti-henti buat video, edit gambar, ucapan, yang buat page sokongan, macam-macam lagi......sangat terharu. Sokongan yang tak berbelah bagi. Semoga dengan sokongan kalian yang tak henti-henti ni, Insha Allah Jep akan lebih maju dan success di masa akan datang. Jep sangat-sangat memerlukan sokongan anda semua. Dan kepada yang x berkesempatan  bertemu dan bertentang empat mata dengan Jep, Insha Allah ada je peluang. Sesiapa yang berada di KL, kalau MASC buat game, dan Jep antara pemainnya, datanglah. Insha Allah, tercapai hasrat korang nak jumpa Jep live. Macam saya, saya, pun tak pernah mengagak dan menduga saya kerap jumpa Jep. Cuma mungkin sedikit usaha kot. Saya jumpa Jep pun bila Jep di KL je, if Jep luar KL takdelah saya nak mengikut dia ke mana-mana. Saya pun peminat biasa.

Kepada semua teman-teman dan adik-adik di Facebook (nama ramai sangat tak tersebut), terima kasih sebab sokongan dekat Jep. Teruskan sokongan, saya pasti Jep sedar tentang kehadiran anda semua. Dan kepada adik-adik yang masih bersekolah, utamakan yang perlu okay. Sekolah & pelajaran perlu didahulukan. Akak pasti, Jep mahu peminat dia yang bersekolah dan masih belajar, cemerlang dalam pelajaran. Apa-apapun, keluarga dan pelajaran harus diutamakan dahulu ya.

Terima kasih kerana terus bersama blog Hanya Dia Jep Sepah. Teruskan membaca.....

*Entri kali ni tak da gambar sangat....hehehehe*

Thursday, 17 January 2013

Demam ABPBH 2012 - Artis Komedi Lelaki Popular Wajib Milik JEP!

Assalamualaikum,

Pertama sekali, terima kasih kepada semua yang masuk blog saya dan memberi komen. Rata-rata suruh memberi update ter"latest" tentang enche Nadzri @ Jep. Ha....kalau nak latest update, senang je, selain blog saya, korang mesti rajin masuk FB kan? Cer like Jep Sepah Fans Club punya page, dan kat situ semua info terbaru Jep akan korang dapat.

Ok, update untuk hari ini. Sebenarnya dah berkobar-kobar nak mengundi Jep untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 ni. Hari-hari spend RM10 semata-mata beli Berita Harian punya pasal. Pergh hebat betul! Sampai family pelik, apasal banyak sangat surat khabar Berita Harian dalam kereta aku? Nak kata kerja NSTP group tak pulak? hehehehe :D

Last time aku mengundi pulun habis-habisan tahun 2005, masa tu Zahid AF2 tercalon untuk Penyanyi Lelaki Popular, apakan daya, pulun punya pulun kalah di tangan Mawi. Takde rezeki kan nak buat camna. Tapi time tu, tak sehebat pulun undi sekarang sebab time tu sekolah, dan duit pun ibu and ayah bagi lagi. Hahaha. Tapi, tahun ni, berdoa dan usaha supaya Jep menang kategori ni sekaligus MUNGKIN BOLEH MENGANGKAT BELIAU SEBAGAI BINTANG PALING POPULAR 2012. Aleetoqqq.......nak nangis dulu!! hehehehe

Untuk semua peminat Jep, saya harap kita semua teruskan undian ya. Kalah atau menang, adat bertanding, apatah lagi utk pertandingan memerlukan undian. Bagi saya secara peribadi, Jep dah terlalu menang di mata saya sebab, dan dia juga juara saya. Sebab apa saya berani cakap macam tu, time saya sedih, saya menangis mengenangkan jodoh yang tidak kesampaian dan diri yang ditinggalkan oleh mantan kekasih (eceh!!), saya boleh keringkan air mata dan ketawa sepuas-puasnya hanya menonton gelagat Jep, Mamat  dalam semua aksi lakonannya, apatah lagi dalam telemovie Bujang Sepah Silalalitamplom dan koleksi Maharaja Lawak 2011.

Dan untuk Jep, saya harap kalau awak menang, PLEASE AND PLEASE maintain sikap awak dan attitude awak yang sangat humble & suka tersenyum macam sekarang. Jangan sesekali awak terbuai atau terbang di awangan-awangan sangat. Sentiasa ensure yang kaki awak berpijak di tanah milik Allah SWT ni. Even awak dah sampai ke bintang atau bulan sekalipun, jangan lupa kami di bawah ya. Itu sahaja harapan saya, mewakili suara jutaan peminat awak yang lain. All the best Jep....all of us will be your strength! Insha allah.



Ini pertemuan kali pertama...nervous and nervous
Lokasi : Kota Damansara, recording Betul Ke Bohong Musim 3, 1 September 2012.

Pertemuan kali kedua, nervous lagi.... :P
Lokasi : Padang MPSJ, Subang Jaya, game MASC vs Pilihan Selangor 1. November.2012

Pertemuan kali ketiga, emmmm okay still nervous. Kredit to Shahrol Shiro yang capture gambar ni
Lokasi : AEON Bukit Raja, Klang, Road Tour Sepah The Movie, 11 November 2012

Pertemuan kali keempat, emmm dah okay kot sikit.
Lokasi : Stadium UiTM, Shah Alam, game MASC vs ......... apatah tak ingat, 14 November 2012.

Yang ini pertemuan kelima untuk setakat ini, heheheh.
Lokasi: Padang INTAN, Bukit Kiara, Damansara, game MASC vs INTAN Veteran, 12 Januari 2013.


Ini video promosi JEP untuk ABPBH 2012. TQ kepada cik Eija Aquarius utk video ni....


-Azura Nadzri-






Sunday, 13 January 2013

Bertemu Jep di Padang INTAN, Bukit Kiara.

Assalamualaikum....

Lama dah rasanya tak jumpa Jep. Rasanya yang paling akhir Roadtour Sepah The Movie Danau Kota kot. Tu la last...lepas tu menyepi sekejap. Nak dijadikan cerita, aku memang agak sibuk dan penat juga. Maklumlah semalam aku balik lambat, tengok Saiful Apek & Shuib untuk rakaman Lawak Minggu Ini. Jadi, hari ni memang letih sikit.

So tengahari tadi, pukul 3 petang gitu, tengah-tengah rehatkan diri, dapat info dari facebook mengatakan Jep ada di Padang INTAN, Bukit Kiara. Macam biasa, bermain untuk MASC la. Apa lagi, rojer chinta-chinta hatiku, Adila Zainul. Eyma Ismail dan Cik Siti terus ke Bukit Kiara. Honestly, aku suka sangat jumpa Jep dalam keadaan sangat simple. T-shirt dan jeans sahaja. hehehe. Sampai je Bukit Kiara, jumpa Angah RL. Jep datang dengan Angah, sebab tak da buat apa dirumah kata Angah.

Lepak dan gelak-gelak dengan Angah memang sempoi. Siap dijamu manggis yang Angah beli. Dan Angah sangat best.....dia tak heran nak entertain fans dia.

Dengan Angah....rasanya sepadan tak?? Hehehe :)

Lepas dah hampir maghrib, Jep habis main bola sepak. Dia datang kat kami dan Angah. Katanya, tak puas hati main bola hari ni. Entah kenapa agaknya. Apa-apalah Jep. Anyway, terima kasih sebab dapat berbual sekejap. Sebelum balik, inilah hasilnya....

Ini kali ke......lima ke enam tah la jumpe dia. Bukan nak berlagak, ye. Maybe rezeki ^_^

Pesan kat Jep, satu pose please untuk fans dalam FB! Nie dia bagi aksi budak sekolah... ^_^

Rakan JFC, Eyma dengan Jep. Jeles Eyma awak sama tinggi dan saya katik!! 

Rakan JFC, Adila dengan Jep...apsal semua muka macam x tenang!! heheheh ^_^


So itulah sahaja coretan saya untuk tengah malam ni (sambil ditemani teh secawan dan dendangan lagu Pujaan Hati dari Kangen Band.....motiff lagu Pujaan Hati??? heheheh). Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang terus baca blog ni. Saya nak pesan, tak perlu cakap saya hebat atau peminat Jep yang terbaik. Saya sangat biasa-biasa. Saya rasa semua peminat Jep adalah terbaik. Kerana, ada yang sanggup buat page, group, video...dan macam-macam lagi. Terus terang kata, JEP TERHARU DENGAN SOKONGAN ANDA SEMUA. Mulut dia tak henti-henti cakap terima kasih terima kasih.......!

Sebelum terlupa......undi Jep untuk ABPBH 2012 ok.........adios

-Azura Nadzri-




Wednesday, 9 January 2013

Jep Ke Pencalonan Akhir ABPBH 2012.

Assalamualaikum...

Ya Allah....syukur alhamdulilah. Jep, awak tercalon ke TOP 5 Artis Komedi Paling Popular 2012 ABPBH kali ni. Syukur sangat-sangat Jep! Saya tak sedar yang saya menangis terharu. Okay, x dapat nak tulis pepanjang sebab tangan masih gigil dan jantung masih berdegup laju dengan berita gembira ni. Apa-apapun aku masih mahu mengucapkan tahniah kepada Mamat, Shuib dan pelawak yang lain kerana turut tercalon ketika pencalonan awal yang lalu. Sekalung tahniah sekali lagi dari kami Jep. Menang atau kalah adat pertandingan, apatah lagi semua calon-calonnya kuat-kuat belaka. Tapi, seperti apa yang pernah awak cakap dulu, Jep "Tidak ada perkara yang mustahil dalam dunia ni....!" dan, ya, tiada yang mustahil Jep untuk awak menang.

Ayuh Jeppers......kita gerak gempur undi!!!!!!!!!


Rindu Cerita Bujang Sepah Silalalitamplom

Assalamualaikum & selamat tengahari,

Burpp....alhamdulilah kenyangnya dah makan tengahari. Sedap betul nasi ayam kedai kat belakang office ni. Tak jemu makan. Hehehe.

Anyway, bukan pasal nasi ayam kita nak cerita ni. Lepas balik lunch tadi, sempat jenguk youtube kejap, tetiba terasa melayan Bujang Sepah Silalalitamplom Musim Pertama. Apa lagi, screen capture la kan. Tapi, maklumlah waktu bekerja, tak boleh nak layan sangat. Hehe. Whatever it is, Jep is perkara kedua ye. Yang utama perlu diutamakan (peringatan untuk adik-adik yang masih bersekolah, fokus study okay! (^_^) Kadang-kadang, on je youtube, suara kedengaran, tapi tangan laju taip paperwork. Pernah sekali on youtube dan search Lemang Aidilfitri Si Bujang Sepah......telinga je dengar tapi kerja tetap jalan. Sebab dah tengok cerita tu banyak kali  so setiap scene ingat dah.

So berkesempatan la juga screen capture beberapa muka encek J ni. Hehehe.......kurus sangat na! Well sorry la Jep, time ni wa tak port lu sangat. Sebab tu sambil lalu je wa tengok lu. Sorry eh bro...hehehe :)







*Tau tak masa nie, aku ingat Jep umor dah 30++ dan dah kawin and ada anak. 
Rupanya, tua setahun je dari aku!! Hehehe....cowi ler der!!*


-Azura Nadzri-

Tuesday, 8 January 2013

Jep di Konti Sinar FM bersama Slot Sinar Pagi

Assalamualaikum....

Ha...ini lagi satu post terlewat. Jep keudara dengan Shahrol & Angah selama 2 minggu di slot Sinar Pagi (Sinar.FM) bersama Kak Abby Fana atau kak Bed. Komen aku, Jep...suara awak buat saya tersedar setiap pagi. Kadang-kadang, kawan-kawan yang jadi "alarm reminder"...."oiii bangun, solat subuh!! Then, buka Sinar Pagi, jejaka kesayangan kau on-air nie ha..". Adess...jejaka kesayangan saya? Owh...bahaya ayat itu! Jangan disalah erti ye. Jejaka kesayangan semua peminat yang menggelar diri masing-masing Jeppers. Jep macam biasalah, keletah dan celoteh dia buat aku ketawa sepanjang perjalanan nak pergi kerja. Sambil pada tu, toleh gak mana tau kot-kot ada kereta tengok aku gelak sorang-sorang...gilo ape budak ni?? (saya tak gila bang...tapi orang yang buat saya gila ada kat radio Sinar FM...hehehe).


Secara keseluruhan, Jep memang sempoi. Aku sempat ke udara dengan Jep dan Shahrol tentang topik mesyuarat.....tapi to be honest, takde feeling apa pun. Rasa blur sekejap pun ada. Eh, aku on-air ye dengan Jep tadi?? haha. Ok...anyway ini beberapa gambar Jep di konti radio. Thank you twitter Angah RL & Shahrol Shiro.



Jap...ini nampak sangat muka bangun tidur, Jep! Angah fresh je...hehehe :)


Ini dari twitter Shahrol Shiro. Nampak mata je...alooo ngantuk ye bang???

-Azura Nadzri-

Koleksi Video Program Hari Raya Jep

Assalamualaikum...

Hmm, sebenarnya dah lama dah cari koleksi program raya dari Jep ni. Antaranya Komedi Muzikal Kampung Pening Lalat dengan Raya Sama-Sama ni. Aku ingat lagi, tahun 2012, masa menonton Raya Sama-Sama malam raya tu, berterabur beras masa nak masuk dalam ketupat, gara-gara ketawa tengok keletah pelawak-pelawak (especially Jep la...hahah). Sampai ibu cakap..."awak tu kalau si Jep dalam TV kang...tak jadi kerja...hahaha"

So, xnak cerita banyak-banyak...link nya dibawah. Selamat menonton ya.....

 
 "Bergema Takbir Di Pagi Raya" sebab tengok yang baju melayu putih tu laa beras ketupat aku berterabur!!!


Full link untuk Raya Sama-Sama 2012 : http://www.youtube.com/watch?v=CjeTKUhgAdY
Full link untuk Muzikal Komedi Raya Kampung Pening Lalat : http://www.youtube.com/watch?v=oH6l-mimJUo

(*link ni korang copy paste eh....xtau nak buat clickable camne...hehe). Terima kasih kepada cik Eija Aquarius untuk dia video ni.

-Azura Nadzri-




Monday, 7 January 2013

Review Sepah The Movie...Maaf Sudah Lambat Lor! hehe

Assalamualaikum...

Hmm, nampak terajin pula aku hari ini. Ada aje yang nak tulis, maklumlah rindu you alls. Okay, sekarang ni nak cerita pasal Sepah The Movie. Hehehe, maap ler, lambat benor review teman! Tapi, rasanya boleh diterima lagi kot..hahaha.

Anyway, aku tengok STM (Sepah The Movie) dah 2 kali (actually nak ke kali ketiga, tapi tak sempat..he). Kali pertama aku menonton STM adalah pada Malam Gala STM di E@Curve, Damansara dan kali kedua ketika join event Ombak Merah Sepah The Movie anjuran Jep Sepah Fans Club. Bagi aku :

STM sangat kelakar...thumbs up to MP Roslin yang berjaya membawakan watak Sepah yang sangat kelakar dalam movie ni. Dan, thumbs up juga untuk Jep, Mamat & Shuib atas lakonan yang sangat menjadi lawaknya (especially Shuib yang aku rasa sangat cute! Tapi apa....tapi sayangggg katanya!!) Jep & Mamat juga sangat macho okay dalam STM (nak nak Jep kan....alamak lainnya dia dalam STM). Tahniah juga buat Anzalna & Jehan Miskin. Kira kombinasi yang terbaiklah rasanya. Antara dialog yang paling aku ingat la dalam STM :

1. Siapa tu....siapa ni?? (Jep & Shuib)
2. Di belakang tabir, takbir tu pagi raya.....(Mamat)
3. Aku ingat dia ramas tangan aku sebab aku comel (Jep)
4. Ni mana dorang ni? Takkan makan dalam toilet pulak? (Mamat)
5. Jangan cik ayu! Takut kalau nanti makan kuih ni bertukor muka jadi muka dia (Jep)
6. Macam korang dah kenal aku, eh aku masak Meggi je dua minit!! (Jep)
7. Eh kan tadi dah maafkan, pekak ke?? (Jep)


Okay...sini ada sedikit pic masa STM. Ooo lupa ayat Jep : Ale toqqq jambu doh!!! hehehe

Fuyooo....Jep terbang!! Tengok reaksi muka Jep...hahahah :D


Dah mendarat....nampak muka cuak!! hee

Ayu Sofea....thumbs up to Anzalna 


Merajuk ke tiga bujang sepah ni? (Eh, depan tu laki orang...hehe)

Apa yang saya nampak....Jep, awak segak!! hehe


Apsal ni abg-abg sekalian? Panas ke??

Aku pun dapat surat, Mat! Kata Shuib

-Azura Nadzri-


Doa Mengiring Jep ke Pencalonan Akhir ABPBH 2012

Assalamualaikum....

Dari start ABPBH (Anugerah Bintang Popular Berita Harian) umumkan pencalonan awal Artis Komedi Lelaki Paling Popular 2012, hati aku dah berdegup laju. Harapan sangat tinggi tahun ini untuk tengok Jep julang award tu...dan sekaligus menaikkan Jep ke satu level lagi dalam kariernya. Untuk rekod, Saiful Apek pernah menang kategori ni, terus dia naik sebagai BINTANG PALING POPULAR 2001 kalau tak silap. And, sebab itu, hati aku berdegup laju setiap kali memikirkan ABPBH 2012. Sebab, sekiranya Jep tercalon ke peringkat akhir atau erti kata lainnya top 5, Jep berpeluang besar menang BINTANG PALING POPULAR 2012, kalau undian banyak berpihak kepada dia, dan boleh menewaskan nama-nama besar yang lain. Come on...if Apek and Nabil boleh grab BINTANG PALING POPULAR, menewaskan DATO CT, waktu tu.....rasanya, peluang untuk Jep ada, kan? Aminnnnnnnnnnn

Kepada Jep, semoga awak berjaya ke peringkat seterusnya dan doa kami peminat anda sentiasa mengiringi karier dan langkah anda. Dan satu sahaja pesanan kami, sekiranya anda berjaya, jangan lupa bumi yang anda pijak, sedangkan anda sudah tinggi menggapai bintang. Dan, jangan-jangan lupa setiap peminat awak, terutama yang dah mengikuti awak dari zaman Raja Lawak 3 lagi. Sekiranya anda menang, sekalung tahniah dari kami. Semoga maju jaya Jep........


Jep yang tak berhenti memberi senyuman...semoga 2013 tahun rezeki awak Jep ^_^

Bismillahirahmanirahimmmm........Insha Allah....Amin.....


-Azura Nadzri-

Sunday, 6 January 2013

Assalamualaikum.....Selamat Tahun Baru 2013

Assalamualaikum......

Dekat 2 bulan tinggal blog. Rehat seketika namanya. Aduhai rindunya nak menulis pasal Jep. Banyak urusan sejak kebelakangan ni, sampaikan blog kesayangan ni dah berhabuk dah...ini tengah kemaskan blog lah ni. Jeppers & Peminat Sepahtu harapnya semua sihat belaka. Banyak benda dah ketinggalan ni...antaranya, gerak gempur untuk Anugerah Bintang Popular 2012. Harapnya Jep tercalon ke peringkat akhir.....amin!! Selain tu, Jep ada bersiaran dan ke udara bersama abby fana kan dekat Sinar Pagi....sempat juga lah dengar celoteh Jep...sakit telinga dengar Jep punya suara. Anyway, memang terhibur dengan celoteh pakcik J ni. Nanti kita letak link untuk dengar balik celoteh Jep dalam konti ye.  Hehehe. Anyway, ada juga beberapa gambar Jep letak kat sini sebagai penghias muka blog ni.

Kepada semua peminat Jep dan Jep Sepah Fans Club, Selamat Tahun Baru 2013.... ^_^

Jep dalam konti Sinar FM....gambar ni dah crop...hehehe. Macam baru bangun la. Toye je!!
(Tapi Jeppers lain tetap cakap.....auwwwww cute!! hehe)

Eceh, sekarang pandai dah bergaya sakan!!

Intai apakah dear? :)

Alooo cian die.....nak bantal x??? ^_^