Saturday, 10 November 2012

Jep Jawab Isu Besar Kepala & Sombong di Galaksi TV9

Assalamualaikum semuanya...

Hmmm, jawapan Jep yang sangat profesional. Bagi aku, lumrah sebagai artis yang nak naik semula, akan dilabel sebagai sombong & besar kepala. Bagi aku itu semua adat dan kebiasaan dunia retisss ni, cuma antara artis itu melatah atau pun tidak. Peminat harus bijak sebelum terus menilai yang negatif. Adatlah, orang akan cakap...kau dah fanatik, giler , crazee or whatever dengan Jep kau akan nampak yang baik-baik aje lah...dah suka kan! No...aku tak pernah bermaksud gitu. If Jep benar-benar silap atau sebagainya, kita tetap akan cakap Jep salah...because he is normal human, manusia biasa. Manusia tidak akan boleh lari dari kesilapan kerana kita bukan sempurna. Jadi, sebagai kelab peminat yang bertindak sebagai akar sokongan orang kata, sokongannya perlu padu. Tanpa akar, pokok mudah tumbang.

Jadi, kepada anda semua yang sedang membaca...anda boleh menilai jawapan Jep dalam video dibawah ni.
Pada aku, Jep tidak pernah sempurna mana...dia juga ada kesilapan, tapi dia istimewa. Sebab, di kala aku menangis terkenang kisah cinta aku yang tidak kesampaian (maunye tak menangis, nak bertunang dah tiba-tiba tak jadi angkara orang ketiga...tak meraung pulak aku??!!), aku mampu kesat air mata, ketawa dan senyum semula mendengar dan menonton semua keletah dan telatah Jep samada dalam Betul Ke Bohong, Karoot Komedia, Muzikal SYOK, Sepahtu Angan Tak Sudah atau Maharaja Lawak 2011.

Hebat kan penangan lawak dan gurauan jejaka Kulai, Johor ni? Apa-apapun terima kasih Jep dengan lawak awak saya mampu ketawa walau hati saya Allah aje yang tahu. Teruslah membuat kami semua terhibur, kerana industri komedi tanah air, AMAT MEMERLUKAN INSAN SERBA BOLEH SEPERTI AWAK.

BEST OF LUCK, Jep ^_^

Jep Jawab Isu Besar Kepala - Galaksi 10 Nov 2012



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.