Friday, 9 November 2012

Jep Besar Kepala & Sombong. Dia jawab dah la!!!

Assalamualaikum.....

Pagi-pagi je buat aku berangin tak tentu pasal. Wartawan Malaysia ni kadang-kadang takde benda lain nak tanya ke soalan dah separuh basi...bukan separuh basi dah basi dah pun, nak tanya lagi kat artis. Isu kata Jep sombong dan besar kepala...weyh, dia dah jawab berbulan-bulan lepas dah la. Korang tanya tuu sebab memang takde soalan nak tanya lagi dah ke apa....?

Ye aku bukan nak kondem wartawan Malaysia ni. Tapi kadang-kadang benda dah berjawapan, tak usah tanya lagi. Apa-apapun aku salute Jep yang masih mampu bagi jawapan dan tak lari. Harapan kepada Jep jangan dilayan atau melatah dengan semua ni. Kami di Jep Sepah fans Club dan group sokongan yang lain akan terus support awak. Itu awak takyah nak bimbang sangat.

Bukanlah aku nak kata sebab aku ni peminat tegar Jep aku melenting...tak aku tak melenting pun.Cuma kadang-kadang aku tak faham.....asal ada je artis yang nak naik, ada di puncak mula lah cerita macam ni keluar. Aku dulu dah lalui macam mana sakit Zahid AF bertahan lawan semua gosip tentang dia (sebab aku belongs to ZahidFC dulu...bertahun dulu la..zaman umor 19-20 tahun dulu...hee~). Ada yang kata dia kaki clubbing, "minum" juga, terlebih sosial. Amboi mentang-mentang mamat dulu keje club, teruk dia kena hentam. Dah lalui dah........tu aku cakap wartawan Malaysia ni kalau tak buat isu gitu....takde keje la kot!

Apa-apapun aku tetap la aku. Aku tahu, Jep takkan cepat melatah. Dan aku walaupun tidak mengenali secara menyeluruh siapa Mohd Nadzri, tapi aku kenal siapa Jep Sepah. Dia bukan sombong seperti yang didakwa. Setakat ni, aku faham....kadang-kadang Jep perlu privasi dan kadang-kadang dia mengejar masa. Sape je yang tak mengejar masa dalam hidup....kita diberi 24jam sehari untuk bekerja..yang hakikatnya tak cukup.

Orang suka je hentam Jep sombong la besar kepala la. Habis, Jep sampai demam-demam sebab tak cukup rehat, semata-mata demi kerjaya dan kepuasan hati peminat takde pula korang nak ceritakan,kan?? KANNN?? Kemon la bak kata Jambu....dia manusia biasa okay. I repeat...MANUSIA BIASA!! kalau korang kena hentam,orang cakap korang sombong....suka tak?? tak kan....

Takpe bro..kitorang selalu dengan awak. Dah! takyah nak sakit sangat dengan gosip gini!
Dah...bangun!! bangun!! (hee serius tak......!!)

Kami sentiasa di belakang anda...peace yaw!!

So renung-renung la ye...

Azura Nadzri

4 comments:

  1. mak ai.. bahang panas marah kak zura terasa sammpai ke utara nih...
    saya pon bru tau.. huhu.. mmg mcm diari abg jep la blog ni... maklumlah saya nak ikut sngt perkembgan beliau x bleh sngt cbuk dgn study. jadi sy tabik spring kak zura punya blog..dh jadi homepage sy dah...
    apa2 pon keep update..
    doa sy bersama kak zura and our idol.. hehe
    adios..

    ReplyDelete
  2. salam fairus....
    hehehe takde la marah..sape hak akak nak marah pun
    sampai utara rasanya ye...
    Cuma benda dah sudah...nak ungkit apsal kan???
    Sure...tq sebab support Jep okay :)

    ReplyDelete
  3. saya x peduli pa org luar nak cakap psl jep..jep is jep x bemuka-muka x plastik siap ngaku lagi org kampung..jep the best!!!
    #for kak zura..suka baca blog akak neh best sangat..update selalu yee sy dlu pon x suka dgn jep ntah mcm mna ble suka kat dia ni..papa pon jep paling sempoi..

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.