Wednesday, 21 November 2012

Dari Hati Ke Hati...Macam Tajuk Lagu Pulak!

Assalamualaikum...

Hi Jeppers sekalian....lama tak menulis. Maklumlah sibuk yang teramat sangat sekarang ni. Dalam hati niat nak cari kerja lain. Kerja sekarang ni sangat tension. Bukanlah tidak mensykuri rezeki Allah Taala bagi, tapi kita pun disuruh mencari rezeki yang lebih baik, kan. (so kepada sesiapa area KL yang tau ada kerja kosong, rojer-rojer la ye..hehehe)

Tapi bukan pasal kerja kita nak cerita ye. Hahahaha. Sebenarnya lately ni kan...ada feeling ke"rinduan" pun ada. Hah? Kerinduan..amboi kepada siapakah.....? Milik siapakah jejaka itu? Jauh datangnya dari Kulai, Johor Darul Takzim....ewahhhh!! Eceh merapu lagi!! Kalau cakap pasal Jep sape je tak merapu kan Jeppers...? hehehehe. Maklumlah...JEJAKA IDAMAN MALAYA katanya.....

Takdelah sebenarnya, dua hari lepas sempat membelek isi-isi external hard disk yang dah banyak berjasa kat aku ni. Tiba-tiba aku melayan beberapa episod Gelak Khas, telemovie Bujang Sepah Silalalitamplom, Maharaja Lawak, drama Ibu Mee Segera, Burger Layan Diri, Betul ke Bohong Musim 1 dan....Karoot Komedia. Jujur bicara dari hati, aku rindu Jep yang masa tu. Aku tak pernah cakap Jep berubah pun. Jeppers, jangan marah akak okay. Ini pendapat peribadi je. Hehehe. Akak pun Jeppers ye, takkan akak nak cakap buruk2 pasal Jep....apa da...!!!

Is just maybe....masa 2011 muka Jep boyish sedikit kot. Boyish means...sangat budak2 sikit...dengan rambut belah tengah dia tu. Now, penampilan Jep lebih matang dan steady la. Yela...anak sungai pun berubah ini pula orang kan. Tapi, aku tak pernah cakap Jep berubah pun. Aku pasti Jep masih Jep yang dulu. Cuma penampilan jer kot yang lebih segak sekarang. Tapi, jujur ar...suka Jep rambut panjang and belah M. Serius CUTE! hehehe.

Untuk Jep,
Apa pun awak buat, apa pun awak pakai, apa pun gaya awak, kami peminat awak sentiasa menyokong perjalanan karier awak. Saya tahu, awak di puncak kerjaya awak sekarang...please Jep, please jangan lupa tanah yang awak berjalan. Sebab perumpamaan pernah berkata, kita terbang tinggi memang best, mencecah awan, tapi bila terbang tak betul, jatuh ke tanah, sakit tau. Huhu. Harap faham la ye. Tak faham...buat2 faham! heee~

Untuk Jeppers,
Akak terharu tengok sokongan semua kepada Jep. Teruskan sokongan dan sebagai insan biasa, Jep juga memerlukan doa anda semua. Doakan kejayaan Jep okay. Semoga Jep berjaya dan terus berjaya. ABPBH dah nak mula undian kan...inilah masanya untuk anda tunjukkan kesetiaan anda kepada Jep. Jep, Jeppers always love you....




Inilah Jep masa yang aku rindu....eh, boleh guna ke perkataan rindu tu??
Guna je la...rindu sbg peminat! perkataan rindu itu UNIVERSAL ye...


Jep yang tak pernah berhenti senyum...even DEMAM!
Teruskan sikap rendah diri itu okay..... ^_^


With Love,
Azura Nadzri

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.