Saturday, 24 November 2012

Menyesal Tak Sudah Tak Turun KL Sentral! Arghhh!

Assalamualaikum...............

Arghhhhh......rasa menyesal tak sudah betul tak turun KL Sentral semalam untuk Road Tour Sepah The Movie. Tapi jauh disudut hati rasa happy tengok mana-mana fans yang selama ini tak berkesempatan nak jumpa Mamat, Shuib & Jep secara live, dapat jumpa. Akak happy bagi korang....dan akak rasa happy juga sebab akak dapat rasakan apa perasaan kalian bertentang mata dengan mereka.........hehehe

Ok, gambar kali ini tak dapat nak diuploadkan untuk entri kali ini sebab belum didownload sepenuhnya. Hahahaha.....takpe kalau sapa-sapa nak tengok boleh ke www.facebook.com/welovesepahtu, jangan lupa like dulu tau..

Okay, akak out dulu....bye..

-Azura Nadzri-

Jangan lupa saksikan tiga jejaka NAKAL ni dalam Sepah The Movie 29 Nov ni okay :)

Korang nak tengok 'working station' ku ketika mengupdate blog & FB?? 
Inilah dia......pemuja setia nieh....huuu~


Wednesday, 21 November 2012

Dari Hati Ke Hati...Macam Tajuk Lagu Pulak!

Assalamualaikum...

Hi Jeppers sekalian....lama tak menulis. Maklumlah sibuk yang teramat sangat sekarang ni. Dalam hati niat nak cari kerja lain. Kerja sekarang ni sangat tension. Bukanlah tidak mensykuri rezeki Allah Taala bagi, tapi kita pun disuruh mencari rezeki yang lebih baik, kan. (so kepada sesiapa area KL yang tau ada kerja kosong, rojer-rojer la ye..hehehe)

Tapi bukan pasal kerja kita nak cerita ye. Hahahaha. Sebenarnya lately ni kan...ada feeling ke"rinduan" pun ada. Hah? Kerinduan..amboi kepada siapakah.....? Milik siapakah jejaka itu? Jauh datangnya dari Kulai, Johor Darul Takzim....ewahhhh!! Eceh merapu lagi!! Kalau cakap pasal Jep sape je tak merapu kan Jeppers...? hehehehe. Maklumlah...JEJAKA IDAMAN MALAYA katanya.....

Takdelah sebenarnya, dua hari lepas sempat membelek isi-isi external hard disk yang dah banyak berjasa kat aku ni. Tiba-tiba aku melayan beberapa episod Gelak Khas, telemovie Bujang Sepah Silalalitamplom, Maharaja Lawak, drama Ibu Mee Segera, Burger Layan Diri, Betul ke Bohong Musim 1 dan....Karoot Komedia. Jujur bicara dari hati, aku rindu Jep yang masa tu. Aku tak pernah cakap Jep berubah pun. Jeppers, jangan marah akak okay. Ini pendapat peribadi je. Hehehe. Akak pun Jeppers ye, takkan akak nak cakap buruk2 pasal Jep....apa da...!!!

Is just maybe....masa 2011 muka Jep boyish sedikit kot. Boyish means...sangat budak2 sikit...dengan rambut belah tengah dia tu. Now, penampilan Jep lebih matang dan steady la. Yela...anak sungai pun berubah ini pula orang kan. Tapi, aku tak pernah cakap Jep berubah pun. Aku pasti Jep masih Jep yang dulu. Cuma penampilan jer kot yang lebih segak sekarang. Tapi, jujur ar...suka Jep rambut panjang and belah M. Serius CUTE! hehehe.

Untuk Jep,
Apa pun awak buat, apa pun awak pakai, apa pun gaya awak, kami peminat awak sentiasa menyokong perjalanan karier awak. Saya tahu, awak di puncak kerjaya awak sekarang...please Jep, please jangan lupa tanah yang awak berjalan. Sebab perumpamaan pernah berkata, kita terbang tinggi memang best, mencecah awan, tapi bila terbang tak betul, jatuh ke tanah, sakit tau. Huhu. Harap faham la ye. Tak faham...buat2 faham! heee~

Untuk Jeppers,
Akak terharu tengok sokongan semua kepada Jep. Teruskan sokongan dan sebagai insan biasa, Jep juga memerlukan doa anda semua. Doakan kejayaan Jep okay. Semoga Jep berjaya dan terus berjaya. ABPBH dah nak mula undian kan...inilah masanya untuk anda tunjukkan kesetiaan anda kepada Jep. Jep, Jeppers always love you....




Inilah Jep masa yang aku rindu....eh, boleh guna ke perkataan rindu tu??
Guna je la...rindu sbg peminat! perkataan rindu itu UNIVERSAL ye...


Jep yang tak pernah berhenti senyum...even DEMAM!
Teruskan sikap rendah diri itu okay..... ^_^


With Love,
Azura Nadzri

Monday, 19 November 2012

Gaya Jep di Sekitar Siri Jelajah Sepah The Movie....

Okay, kali ni nak letak gambar-gambar Encek Nadzri...dari Batu Pahat Mall sampailah Bukit Jambul, Penang. Enjoysss (termasuk Malam Gala Sekali ye...)

Lokasi pertama : Batu Pahat Mall, JB.
Style : Emm...biasa....jumper and jeans....okay lah ^_^

Lokasi kedua: Dataran Pahlawan Melaka
Style : Actually, not prefer he wore that vest.....t-shirt saje cukup kot Jep.

Lokasi ketiga : Plaza Angsana, Johor Bahru
Style : This I called AWESOME! 

Lokasi : AEON Bukit Raja, Klang
Style : Too simple with Sepah The Movie t-shirt...but TQ sebab kite sedondon petang tu..heee ^_^

Lokasi : Malam Gala Sepah The Movie
Style : Perrrfecto....great combination of colour. Black & grey slack suites you, man!

Lokasi : Uptown Danau Kota. Kuala Lumpur
Style : Wowo.....Velvet denim & ZA Shirt....gosh....nak buat gua pengsan apa???
Thumbs up dear.....you got your style..

Lokasi : Bukit Jambul, Penang.
Style : Is absolutely PERFECT dude!! Wahh..ini kalau pakai gini, mau menjerit Jeppers2 anda.
Sila jangan pakai begini seandainya ada gathering...bimbang gathering x jadi sebab ramai pengsan!! 
hehehehehh ^_^


Big applause and thumbs up to Jep diatas grooming beliau yang sangat up-to-date. Maybe dia dengar kot Jeppers bising-bising, Jep pakai t-shirt sama je...nah, hambek dia dah totally grooming dah! Pengsan jap!!
Anyway, to compare his way three years back....memang lain sangat. Congratulations Jep. Apa-apa pun gaya awak,style awak...satu je permintaan saya. Jangan lupa tanah yang awak pijak, disaat awak sedang mendongak menongkat langit.....faham ye. Doa kami Jeppers..mengiringi setiap langkah perjalanan awak. Amin~~

-Azura Nadzri-









Sunday, 18 November 2012

Minggu Yang Dipenuhi oleh...JEP SEPAH

Assalamualaikum...

Hi Jeppers-jeppers tersayang.....cowi lama tak update ni..maklumlah..emosi yang kurang tenang minggu ni. Ibarat ombak menghempas pantai katanya. Wah....ayat hebat tau.

Oklah serba sedikit cerita yang berlaku sepanjang minggu ni. Bagi aku, minggu ni memaang sangat hactic. Dari Ahad, Isnin, Rabu dan Jumaat....direct penuh dengan sesi bertemu Jep & Sepah saja. Terbaik toqq! Tak pernah aku hactic gini rupa.

Ahad : Road tour Sepah The Movie, Bukit Raja, Klang
Isnin : Malam Gala Sepah The Movie, Cathay E@Curve Damansara
Rabu : MASC vs Pilihan Selangor, UiTM Shah Alam (Jep sebagai salah satu pemainnya)
Jumaat : Road Tour Sepah The Movie, Uptown Danau Kota, Kuala Lumpur.

Pergh...itu nasib baik Road Tour STM kat Alpha Angle, Wangsa Maju tak jadi. Kalau tak, pulun seh sampai Sabtu. Agak-agak Jep pun dah boleh agak kedatangan kitorang kan...hahaha (maunya tak kalau krew PTV Films da kenal....apatah lagi Sepah....).

Anyway, serba sedikit cerita mengenai Road Tour STM Uptown Danau Kota. Yes, aku akui, Jep sangat segak malam tu. For the first time I saw him dress in such way. Dan rambut sedikit pendek dari hari Rabu. Wah......sempat potong rambut nampak. Tak nak serabut ye bang. Tapi, aku suka Jep rambut panjang ala-ala SRK gitu...auww!!! SRK apa??? Shahrukh Khan ler....

Apa-apapun, aku hampir menitis airmata....bila Sepah bersatu atas pentas di Danau Kota semua gara-gara peminat tersayang. Dalam hati terdetik....I miss three of you, boys! I miss MY BUJANG SEPAH (ok...dua je yang bujangnya..hehehe yang satu tu bujang idaman Malaya tu..heheh). Dan, terharu Jep memeluk Mamat. Rindu sahabat barangkali.....

Anyway, congrats to everyone..kepada semua Jeppers yang menyokong Road Tour di JB, Melaka dan KL,
Eyma Ismail, Naz Ahmad, Adila Zainul, Yana Ain, Rafidah Razak, Ji Sung Fiz, Nurul Syahirah Ahmad, Sara Gomesz dan Aliya Farina.....sekalung terima kasih dari Jep Sepah Fans Club & Cik Siti sebagai penaung JFC di atas kerjasama kalian. Diharapkan kekuatan kalian terus bersama kami dan Jep juga...walau apa pun badai yang melanda. Buat JFC di Johor, insyaAllah ada masa jika diri tiba di Johor, kita ketemu ya. Bawak saya ke Kampung Melayu Kulai, boleh....hahahahah ;)

Sedikit gambar sempena Malam Gala Sepah The Movie & Road Tour Danau Kota ;)

Goodie Bag untuk FC...tq PTV Films

Eleh..Azura Nadzri yang poyo.....!!


Belakang pun jadilah ye...dari takde...:)

Encik...saya ambik dari belakang...maaf ye sebab lensa kamera saya sgt nakal..hee :)

Sepah The Movie Best kata Mamat, Jep & Shuib 

Erk.....no komen! hehe :)

Mamat yang skinny.....jumpa juga dengan Mamat..... ;)

Ni di Danau Kota....muka nakal usik orang ni.....

Apakah......tuju lagu?? hehe

Dari gambar Nurul Syahirah Ahmad......one word Jep...AWESOME!!

Jeppers yang sangat sporting......

Sengih sangat......

Senyum ngade-ngade namanya ni

My beloved Jeppers...TQ Guyss..

-Azura Nadzri-




Friday, 16 November 2012

Dari Jeppers untuk Jep Sepah....



Dari Jeppers untuk Jep Sepah....Dua Dunia Kita Berbeza


Kau selalu di hati , tidak ku dekati , dua dunia kita berbeza 


Cinta itu buta dan juga boleh membutakan

melukakan dan sukar untuk kita lupakan

Aku cinta padamu hanyalah ungkapan
luahan yang jarang bermakna bila diucapkan



Ini pula cerita cinta sang pujangga bukan arjuna sita
bukan cinta dan rangga
Mungkinkah khayalan akal mainan minda
Atau lamaran puitis , dengan hasrat yang indah



Kau selalu di hati (Kau selalu di hati) tidak ku dekati
sentiasa ada mata jahat yang memerhati
Tapi ku tak runsing tidak mungkin rindu
ku pusing lihat wajahmu di setiap penjuru



Senyuman di kaca kisah mu ku baca
Perjuangan kita sama duka mu ku rasa (Perjuangan kita sama duka mu ku rasa)
Aku pasrah saja pada yang Esa
Kerna ku tahu Dua dunia kita berbeza



Kau selalu di hati , tidak ku dekati , dua dunia kita berbeza 



Suka di kala malam termimipi-mimpi (termimipi-mimpi)
Rindu di kala siang mencari-cari (mencari-cari)
Kasih sebenar tidak bertukar tidak sebentar
walau dipisah lautan direnangi gelora



Dan kadangkala hanyut bagaikan buah arah
malu sering bersua tapi jarang bersuara
Kenapa bercinta jika kesudahannya pasrah
Kerana bila dilamun indahnya tidak terkata



Tersimpan hasrat tiada siapa yang mengerti
Harapan menggunung sampai penghujung dinanti
Dipegangkan janji tetap ratu di hati
Dengan izin tuhan kan bersama kapan hari pasti



Sabar menanti Kesabaran diuji
Berdoa dalam sujud sejadah ditangisi
Aku pasrah saja pada yang Esa
Kerna ku tahu Dua dunia kita berbeza



Kau selalu di hati , tidak ku dekati , dua dunia kita berbeza (2x)



Perjuangan seni kita tidak berpenghujung
Jangan tinggal batu bernama tak berpengunjung



Cabaran menikam , kau tidak pernah bermurung
Tetap tersenyum walau kesedihan menyelubung (walau kesedihan menyelubung)
Bukan rupa paras mu yang jadi ukuran
Atau suaramu yang jadi bahan tuturan
Ku bukan mahu hubungan tapi kejujuran
Hadiah sepatah dari mu satu kesyukuran (satu kesyukuran)



Tapi bila bertentang mata tidak terbentang kata (Kata apa saja)
iya tapi tentang apa (iya tapi tentang apa)
Wajah mu yang cantik Manis lagi
Senyuman sepasti mentari timur tiap pagi



Realiti sukar diatasi
Tapi kesudahan indah harus bermula dengan fantasi (Fantasi)
Ku rasa terhoyong-hayang antara dua dunia (Antara dua dunia)
Biar khayalan ku melayang (Biar khayalan ku melayang)



Kau selalu di hati , tidak ku dekati , dua dunia kita berbeza (4x)



Thursday, 15 November 2012

Hati Macam Merajuk...Tapi Tadi Aku Jumpa Jep Lagi! Acaner tu?

Assalamualaikum...

Semalam dan hari ini, jiwa macam merajuk dan meraung-raung...pedih giler dengan keadaan yang berlaku. Aku dah siap pack dan simpan semua gambar Jep dah tadi...poster, kad, tag, apa lagi yang berkaitan dengan Jep..semua aku dah simpan. Dan, hampir taknak pergi tengok Jep main bola untuk MASC lawan Pilihan Selangor tadi. Tapi, entah apa yang membuat diri nak tengok juga....kekuatan kot.

Macam biasa, aku tunggu Naz, Dila & Eyma dekat seksyen 7, Shah Alam. Terus masuk Stadium UITM. Tapi, hati kami hampir PASRAH bila tak nampak kelibat JFN 72. Rupanya, dia parking paling hujung. Masuk stadium, dah nampak Jep macam lain, tak berapa semangat. Even atas padang pun,dia tak banyak bersuara.

Rupanya, masa balik nak tegur, dia tak baik demam lagi. No wonder la muka pucat dan macam loose weight sikit. Faham...banyak tuntutan perlu diselesaikan. Apatanh lagi first movie nak keluar kan. Anyway, hope Jep kembali sihat seperti sedia kala...dan doa kami sentiasa mengiringi perjalanan kariernya.

Untuk Jep, semoga cepat sihat dan semoga dimurahkan rezeki oleh Allah Taala. Aminnnn~

JFN 72 parking baik punya......


JFC punya bouncer..hehe takdelah! Eyma Ismail dengan Jep...Jep look so pale kan...?

Jeppers yang sweet...Adila & Naz...ayu sentiasa ^_^

Jeppers yang ala-ala ganazz gitu...Eyma & Me

Sebalik tiang pun boleh ^_^ 


-Azura Nadzri-


Wednesday, 14 November 2012

Apa-apapun...JEP TETAP DI HATI !!

Meraung Di Jiwa, apa lah daya kiranya orang dah benci...........
Meraung Di Jiwa, tapi tak ernah ku benci dirimu sayang............

Lagu Meraung dari New Boyz...popular seh lagu ni masa aku tingkatan dua dulu...tapi bukan lagu ni ye yang nak diceritakan. Entahla, aku mendalami lirik lagu ni, bergenang air mata aku. Sedih, pilu, remuk, parah semua ada. Kenapa lah ye...sedih sangat.

Apa-apapun...Jep tetap di hati. Aku tetap akan ketawa dan tersenyum melihat telatah nya. Aku akan terus sokong dia...dan terus mendoakan agar Jep terus berjaya sampai ke puncak, namun masih berpijak dibumi nyata.

Untuk Jep,

"Jep, sekiranya awak membaca bingkisan blog saya, percayalah...saya dan peminat awak di Jep Sepah Fans Club yang menggelarkan diri kami Jeppers ni, akan terus sokong awak sampai bila-bila. Ini janji kami. Cuma kami minta, bila awak sudah di puncak, janganlah lupa berpijak dan berjalan dengan rendah diri di bumi Allah Taala ni. Saya tahu, awak takkan menghampakan kami. Kami sayang awak, Jep. Kami sayang kerjaya awak....kami mahu awak terus membuat kami terhibur. All the best to you beb! We all Jeppers LOVE you"


Thumbs Up kata Jep.....

Eee...okay tak yah blurkan muka......hehe


-Azura Nadzri-

Tuesday, 13 November 2012

Lovely, Bubbly, Naughty & Smartee....Jep Sepah

Assalamualaikum.......

Semalam saya dan rakan-rakan Jep Sepah Fans Club lain berpeluang menghadiri Malam Gala Sepah The Movie. Kali ni sempat tengok Jep dari jauh je..sebab maybe dia nak cepat, then banyak wartawan yang datang (selalunya Malam Gala ni untuk wartawan & media je....jarang fans turun sekali.) Tak banyak gambar dapat di ambil. Tapi takpe aku share juga dari lensa kamera kawan-kawan dari FB.

Memandang Jep berpakaian yang PALING SMART malam tadi...(haaaa semputttt~~)...ni aku letakkan beberapa gambar Jep, bukan sahaja pada malam gala, tapi beberapa aksi nakal si tinggi lampai ni. Jep yang sangat lovely, bubbly, naughty and smarteee....


Ambik....bersilang-silang tangan dah...

Haaaa...melutut da.....so sweet Jep....

Nak bagi mic dekat audience ke...

Smarteeeee..... ^_^

Baru balik ofic ye bang......hik hik hik ^_~

Dari belakang pun jadi okay la.... ^_^


^_^

Azura Nadzri....



Monday, 12 November 2012

Sekitar Road Tour Sepah The Movie di Bukit Raja, Klang

Antara gambar sekitar Road Tour Sepah The Movie di AEON Bukit Raja, 11 November 2012. Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan acara dan juga krew PTV Films yang sangat supportive ;)

Banner Sepah The Movie....





Adik-adik saya dari Jep Sepah Fans Club
















Adik yang sgt comel nama Syafira Aida. Dia peminat Jep juga...tq akak jadi artis jap dik hehe <3

Azura Nadzri ;)